Ramai yang
bergembira dan terasa lapang dengan pengumuman BR1M berjumlah RM650.00 untuk
tahun 2014.
Permainan ini amat
licik kerana apapun bentuk pemberian akan digambarkan sebagai satu nikmat.
Pada waktu yang sama
pengumuman perlaksanaan GST 6% seolah terpadam dari oleh nikmat BR1M.
Saya sertakan
pengiraan di bawah yang mana walaupun sukar untuk difahami.
Berapakan nilai
RM650 (BR1M) berbanding 6% GST.
Untuk kerajaan
mendapat kembali RM650 (BR1M) jumlah pembelian hendaklah bersamaan
RM650=6%(x)
RM650=6/100(x)
RM650x100=6x
RM65,000.00=6x
RM10,833.33=x
Maka x
menggambarkan jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat oleh isi rumah yang
kemudian akan dikenakan GST sebanyak 6% menjadikan kerajaan memperoleh pendapatan
RM650.00.
RM10,833.33 adalah
perbelanjaan setahun dan jika dibahagi dengan 12 bulan maka isi rumah hanya
perlu berbelanja RM10,833.33 /12= RM902.78.
Dengan kata lain
hanya isirumah yang berbelanja kurang daripada RM902.78 sebulan akan
benar-benar mendapat manfaat BR1M.
Bagi yang
berbelanja lebih dari itu sebenarnya telah membayar lebih dari apa yang diberi.
Ramai yang
berseronok dengan BR1M yang bakal diterima tetapi pada waktu yang sama tidak
mengetahui yang tidak ada apa yang baik tentangnya setelah perlaksanaan GST.
Bagi yang ada
hubungan yang baik dengan JKKK bolehlah mendapat BR1M lebih dari satu kali
untuk satu isi rumah. Dan paling malang bagi mereka yang kurang celik dan
tercicir dari senarai BR1M. Sudahlah mereka susah-tak pula menerima BR1M malah
terpaksa membayar 6% GST walaupun untuk membeli garam.
Dengan kenaikan harga petrol dan terkini kenaikan tarif elektrik soalnya sekarang, siapakah yang
untung atas pemberian BR1M?
If you're attempting to lose fat then you absolutely have to start using this brand new custom keto plan.
ReplyDeleteTo create this service, licenced nutritionists, fitness couches, and professional cooks have united to develop keto meal plans that are efficient, decent, economically-efficient, and fun.
Since their grand opening in January 2019, hundreds of individuals have already remodeled their figure and health with the benefits a professional keto plan can provide.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones provided by the keto plan.