Saudara dan Saudari,
Tiga tahun sudah berlalu sejak tsunami politik melanda negara. Tanggal 8 Mac 2008 telah memberi harapan baru kepada rakyat seolah-olah kita akhirnya punyai suara untuk tentukan masa depan negara.
Namun ianya tidaklah semudah seperti yang disangkakan.
Kebangkitan tersebut telah menimbulkan keresahan dikalangan yang masih berkuasa. Sistem undang-undang dipermainkan, serangan politik diperhebatkan dan malangnya rakyat terus disisihkan. Lihat sajalah betapa bangganya mereka mewarwarkan kononnya ekonomi negara bertambah baik, sedangkan rakyat biasa makin dihimpit dengan kesengsaraan hidup.
Adakah kita tidak mampu menilai?
Sebagai seorang rakyat Malaysia saudara dan saudari pasti berasa sedih dan kecewa. Polimik perkauman terus diapi-apikan, duit ditabur untuk meraih sokongan sedangkan kekayaan negara terus rakus dirompak. Tidak hairanlah mengapa ruang untuk kita bersuara terus dinafikan.
Mungkin benar bahawa dengan sistem yang sedia ada, kita tidak mampu membawa perubahan.
Dengan kongkongan media yang berterusan, mungkin luahan ini sampai bila tidak akan didengari mereka.
Saya percaya saudara dan saudari terus kecewa diluar sana. Pesanan saya kepada saudara dan saudari, janganlah putus harapan. Walaupun kita pasrah kerana mereka terus berkuasa, ingatlah bahawa tiga tahun yang lalu kita begitu hampir menumbangkan mereka.
www.keadilannetwork.com
Afif Nasri
Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang: Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek 34700 SIMPANG
Tuesday, March 8, 2011
Muat Turun Buku Jingga
Buku Jingga yang diperkenalkan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat 2010, yang menggariskan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negara, sudah diteliti dan bersifat realistik.
Menurut Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli, antara lain, buku jingga berkenaan menjanjikan penghapusan tol melalui pengambil alihan syarikat konsesi tol oleh kerajaan dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya.
“Apabila kita kata mencadangkan agar Khazanah Berhad mengambil alih dan menyerahkan operasi tol kepada kerajaan, kita sudah buat perkiraan bahawa kalau sekarang ini Khazanah dan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) mampu membeli 21 peratus saham daripada pemegang saham minoriti, lambat laun Khazanah pasti mampu mengambil alih konsesi tol lebuhraya dan menyerahkannya kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui KeadilanDaily.
Menurutnya, setiap perkara yang dijanjikan dalam Buku Jingga, sudah diperhalusi dan melalui perkiraan yang teliti, seperti cadangan kenaikan gaji guru dan kakitangan pendidik sebanyak RM500.
Jadi, menurut Rafizi, tidak timbul isu samada cadangan-cadangan dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan atau tidak kerana itu adalah prasyarat utama yang sudah diperhalusi sebelum ia disenaraikan dalam Buku Jingga.
Mengulas pertanyaan sebab beberapa akta kontroversi seperti Akta Penerbitan dan Percetakan yang tidak dicadangkan penghapusannya serta merta dalam 100 Pakatan mentadbir Putrajaya, Rafizi menjelaskan satu undang-undang yang lain diperlukan untuk penerbitan akhbar baru seperti permit dan sebagainya.
Namun, akta-akta yang bersifat menindas dan membenarkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan serta merta.
“Langkah untuk menghapuskan akta melibatkan (penindasan) seperti ISA memang tidak perlu kepada alternatif kerana kita sememangnya mahu menghapuskan undang-undang tersebut,” Kata Rafizi yang merupakan antara individu yang merangka buku berkenaan.
Buku Jingga adalah dokumen yang menggariskan falsafah besar Dasar Bersama Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.
Untuk Muat Turun Sila Klik Buku Jingga
Friday, March 4, 2011
Ceramah YB Saifudin Nasution Di Sg Mas 21 Mac
Keadilan Cabang Bukit Gantang baru sahaja mendapat pengesahan daripada Setiausaha Agung KeadilanYB Saifudin Nasution, bahawa beliau akan hadir berceramah di Bukit Gantang pada 21 Mac ini.
Keadilan Bukit Gantang sudah pun memutuskan tempat program adalah di Sg Mas, Taiping.Berita selanjutnya bakal menyusul.
Wednesday, March 2, 2011
Taktik Kotor SPR Untuk Menagkan BN
Keadilan Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak
PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai (Ming Kai) di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.
Menurut Ming Kai di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.
"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.
Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.
"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.
Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.
Tuesday, February 15, 2011
Monday, February 14, 2011
Seladang semakin hebat
Hujung minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Stadium Ipoh,Perak bersama kawan-kawan untuk menonton pelawanan bola sepak Liga Super diantara Perak lawan Negeri Sembilan yang berkesudahan Perak menang 2-0.Saya salah seorang daripada 16 ribu penyokong perak yang hadir pada malam itu.Sokongan peminat terhadap skuad bola sepak telah kembali setelah pasukan Perak mengalami kemorosotan beberapa musim lepas.
Kami disajikan dengan pemainan menarik oleh kedua-dua pasukan.Pada perlawanan itu,Perak telah menberi tekanan kepada Negeri Sembilan seawal permainan lagi.Ketika seusia permainan memasuki minit ke 2 pemain Perak Isma Alif telah menbuat rembatan deras yang hampir menerjah gawang Negeri Sembilan.
Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.sebaik bermula separuh masa kedua Perak telah mengandakan asakan sehingga pemain pertahanan terpaksa menjatuhkan Akmal Rizal dalam kotak penanti pada minit 51 dan Perak dihadiahkan sepakan penanti yang telah disempunakan oleh ketua pasukan Shahrul Nizam Mustapa.
Pada minit ke 75 pemain sayap Perak Muhd Fazrul bijak melambungkan bola dari tengah kepada Akmal Rizal yang melepasi pertahanan Negeri Sembilan sebelum Akmal merembat deras ke pintu goal Negeri Sembilan untuk goal ke dua.Keputusan ini kekal sehingga akhir pelawanan.
Secara keseluruhan pemainan pasukan Perak telah banyak meningkat.Oleh itu,secara peribadi saya menyeru kepada rakan-rakan yang berkelapangan pada malam minggu supaya datang ke Stadium untuk menberi sokongan kepada pasukan Perak.
Jikalau kita tidak menberi sokongan siapa lagi yang menhendak menberi sokongon kepada pasukan bola sepak Perak?Ayuh kita ke stadium menberi sokongan.
-Muhamad Faisal(AMK Bukit Gantang)
Sunday, February 13, 2011
Next
TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim 63 meninggal dunia.
Allahyarham sebelum ini pernah dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.
DUN kerdau mempunyai seramai 8451 orang pengundi dan pada pilihanraya ke 12, Allahyarham telah menang kerusi tersebut dengan majoriti 1615 mengalahkan calon PAS Hassanuddin Salim.
Wednesday, February 9, 2011
Ceramah Ketua Srikandi PKR
Siti Aishah bakal berceramah di Kg Matang Gelugor,Matang pada 20/2/2010.Jom Saksikan kehebatan anak gadis berceramah.
Tuesday, February 8, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Menang Tenang
Apapun alasan PR untuk menidakkan keputusan Tenang ia tidak akan dapat melawan fakta yang terjadi di sana. Keputusan nyata menunjukkan apa saja yang telah dilakukan BN adalah baik belaka. Majoriti pengundi di Tenang menyatakan begitu. Kenyataan ini agaknya juga adalah gambaran kepada pola sokongan pengundi seluruh Malaysia.
BN dengan ini yakin bahawa mereka disokong dan rakyat Malaysia tidak kisah dengan keadaan kesusahan akibat keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Bagi suri rumah, harga barangan dapur amat mengejutkan. Harga bawang minggu lepas dan minggu ini jauh berbeza. Tetapi suri rumah juga tak kisah dan masih memberi sokongan kepada BN.
Atas keyakinan pengundi tidak kisah dengan beban harga yang ditanggung, maka mulai jam 12.01am tadi harga minyak RON97 dinaikkan RM0.10.
Kenaikan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran pengilang bertambah dan seterusnya kenaikan harga barangan penguna lain turut terkesan.
Kenaikan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran pengilang bertambah dan seterusnya kenaikan harga barangan penguna lain turut terkesan.
Ada sapa-sapa kisah?
Subscribe to:
Posts (Atom)





