Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, June 10, 2010

Tak Kan Baru Tahu

Tulisan Zaini Hassan (Klik Tajuk) seolah beliau tidak tahu atau tidak sedar bendera Israil sebenarnya telah lama berada di negara ini.

Jika ada kesungguhan politik, perkara yang ditulis tersebut tidak mungkin berlaku. Malah nampak sebaliknya apabila (Gambar atas) diambil di PWTC Kuala Lumpur.

Dan semasa Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang replika ini (Gambar bawah) pula diujudkan di bawah Jejantas Changkat Jering.

Ternyata hipokritnya mereka.

Tuesday, June 8, 2010

Where to Cross The Border?


If You Cross The North Korean Border Illegally
You get 12 years Hard Labour.

If You Cross The Iranian Border Illegally
You Are Detained Indefinitely.

If You Cross The Afghan Border
Illegally, You Get Shot.

If You Cross The Saudi Arabian Border Illegally
You Will Be Jailed.

If You Cross The Chinese Border Illegally
You May Never Be Heard Again.

If You Cross The Venezuelan Border Illegally
You Will Be Branded A Spy And Your Fate Will Be Sealed.

If You Cross The Cuban Border Illegally
You Will Be Thrown Into Political Prison To Rot.

If You Enter Britain Illegally
You Will be Arrested, Prosecuted And Sent To Prison And Deported.

If You Are An Indonesian AND ILLEGALLY CROSS THE MALAYSIAN BORDER

YOU GET:
 MyPR (Permanent Residence / Pemastautin Tetap)
 A Driving License,
 Voting Rights
 Job Reservation,
 Special Privilege to be Consider as Bumi,
 Credit Cards,
 Subsidized Rent Or A Loan To Buy A House,
 Free Education,
 Free Health Care,


 Oh Malaysia, what a great country!!

Thursday, June 3, 2010

Untuk Kesejahteraan Dan Untuk Membantu Palestin: Jauhi Produk Berikut

Kehilangaan Seorang Lagi Teman



Abd Rani 2 dari kiri di perkarangan Kelantan Trade Center, Kelantan pada 29hb Jun bersama-sama kepimpinan Keadilan Bukit Gantang.

Mantan Ketua AMK (Sekarang menjawat jawatan Naib Ketua Cabang) saudara Abdul Rani Bin Mat Kasim telah meninggal dunia di Hospital Taiping sekitar jam 11.30 malam semalam .Jenazah beliau berada di rumah abang beliau di alamat 140 Blok G RPA Batu 2 1/2 Jalan Simpang Taiping.

Jenazah dijadual dikebumikan selepas solat Zohor hari ini. Al fatihah.

Wednesday, June 2, 2010

Mohon Doa Rakan-rakan kali ke 2

Keadaan Naib Ketua Keadilan Bukit Gantang tidak berubah malah kini lebih kritikal. Semua organ gagal berfungsi dan kini bergantung hidup dengan alat bantuan. Sayugia rakan-rakan dijemput untuk ke majlis bacaan yasin yang akan diadakan selepas Magrib hari ini. (2 Jun 2010).

Majlis akan diadakan di Pej Taman Molek, Simpang.

Sama-samalah kita mendoakan kesihatan saudara Abd Rani.

Tuesday, June 1, 2010

Mohon Doa Rakan-rakan

Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang Saudara Abd Rani Bin Mat Kasim yang kini memegang jawatan Naib Ketua Cabang Keadilan Bukit Gantang kini berada di ICU Hospital Taiping setelah menjalani membedahan pada usus pagi tadi.

Beliau kini dengan bantuan pernafasan dan komplikasi pada buah pinggang.

Mohon doa kawan-kawan untuk kesihatan beliau.

Monday, May 31, 2010

Perbezaan Antara Akhbar


Utusan menggambarkan GAS mendapat sambutan ramai


The Sun sebaliknya.

Thursday, May 27, 2010

Saturday, May 15, 2010

Telitinya Menjaga Bukti

Pada sesi soal jawab balas perbicaraan fitnah II, Saiful mengaku tidak mendi keseluruhan badan, tidak berak dan tidak membasuh tempat berak untuk menjaga bukti. Begitu telitinya dan beramanahnya Saiful demi menjaga bukti.

Walaupun begitu, setelah dilakukan pemeriksaan oleh lebih dari 3 orang doktor di 3 hospital yang berbeza tidak menunjukkan bukti kemasukan anu ke tempat berak.

Saiful juga mengaku kesan kemasukan anu di tempat beraknya tidak dapat dikesan kerana penggunakan KJ op silap KY. Maka dicadangkan agar Karpal tanyakan kepada doktor, adaka saki baki KY di tempat berak Saiful. Kalu tak jumpa, mustahil sebab Saiful pakar menjaga bukti.

Friday, May 14, 2010

Try my best to be


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. 
Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meyelubungi hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu"! desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai mati". ucap wanita itu seraya menangis. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan, yah kamu dari sini!Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatan kamu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca dihentak batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah pergi. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan, tak tahu hendak kemana lagi mahu mengadu. Bahkan tak tahu ke mana dibawa kaki-kakinya.

Bila seorang Nabipun sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu”?

"Ada”! jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu"? Tanya Nabi Musa. Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada  buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
Karpal Singh: Kamu orang Islam yang baik?

Saiful Bukhari: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik) 

Kenapa Aku Di Sini?