Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, June 18, 2009

MASIH INGAT DENGAN KAPT. OSMAN?

Masih ingat lagi dengan artikel "APA KHABAR KAPT. OSMAN" yang telah dinukilkan oleh Ketua AMK Cabang Bkt Gantang?

Dan ari nie sekali lagi Khairul telah menghantar suatu pesanan yang pada aku Allah SWT telah membalas 'jasa-jasa' Kapt. Osman terhadap dirinya sendiri.

Bagaimana? Semalam Rabu 17/6/09 kami diberitakan bahawa Kapt. Osman telah menziarah kawan-kawannya di sebuah agensi yang amat rapat di Taiping. Malang kepada beliau kerana kawan-kawannya yang suatu ketika dahulu boleh berkongsi sukaduka baik dalam politik atau luar politik.

Reaksi mereka Kapt. Osman menyambut kedatangan sahabat lama dengan tidak mempedulikan beliau baik sebagai YB Bebas atau pun sebagai seorang kenalan yang amat rapat.Mengapakah ini berlaku? Mungkin mereka ini juga salah seorang pengundi Kapt. Osman sewaktu PRU 12.

Nah, terbukti perancangan beliau akhirnya menjerat leher sendiri.Apa perasaan kapt. Osman agaknya? Adakah sama seperti ketika beliau mula mengkhianati amanat rakyat di DUN Changkat Jering? Atau mungkinkah beliau sememangnya telah bersedia berhadapan dengan rakyat?

Pada aku kalau lah beliau terasa sepertimana rakyat ketika beliau melompat,adalah lebih elok dan belum terlambat lagi untuk beliau meletakkan jawatan dan menerima nasihat dari seorang kawan yang pernah suatu ketika dahulu bersusah payah bersama-sama.Fikir-fikirlah wahai Kapt. Osman.

1 comment:

  1. Bagi tau hj mail,walaupun bukan atas nama dia, balak yang dipohon,tapi untungnya@komisyenya adalah untuk Bahagian Bkt Gantang, bukan untuk kepentingan dia saja tau.

    ReplyDelete

Kenapa Aku Di Sini?