Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Sunday, May 31, 2009

Kempen Tandangan Bubarkan DUN Dan Kembalikan Kuasa Rakyat


Tarikh: 1hb Jun 2009 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Sepetang, TT6/26A Jalan Pertama
34650 Kuala Sepetang. Tel 05-8581945

Kempen ini akan berjalan serentak di kesemua 59 kawasan DUN dalam negeri. Sila datang beramai-ramai memberi sokongan dan solidariti anda!

pengunpulan tandatangan juga dibuat di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (Molek) pada waktu pejabat dan semua wakil-wakil dari Pakatan Rakyat.

KEMPEN SUARA HATI RAKYAT PERAK


WANITA PAKATAN RAKYAT

Kempen ini dilakukan atas beberapa faktor iaitu:

1- Rampasan kuasa oleh Umno-BN di Negeri Perak dengan cara kotor dan jijik.

2. Kekecohan memalukan yang telah berlaku dalam sidang DUN pada 7 Mei 2009 di mana kedurjanaan politik Umno-BN telah disaksikan seluruh pelusuk dunia.

3- Institusi Raja telah tersepit di atas sikap politik durjana Umno-BN di mana Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah terpaksa menunggu selama 5 jam bagi istiadat perasmian persidangan DUN Perak.

4- Pada 11 Mei 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang SAH selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

5- Mengembalikan kepercayaan rakyat di Perak khususnya terhadap Institusi Raja serta Perlembagaan Negara.

Memorandum akan dipersembahkan kepada Dull Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bersama tandatangan-tandatangan rakyat.

Krisis Speaker-Lima Tindakan Speaker DUN, Sah Atau Tidak?


Thursday, May 21, 2009

KES 8 ORANG AMK(GENG KERANDA)

Aku namakan Geng Keranda kepada 8 orang AMK yang ditahan sewaktu PRK Bkt Gantang aritu.

Sepatutnya tempoh jaminan polis tamat pada hari ini, iaitu sebulan selepas tempoh lanjutan jaminan dikenakan. Dan apa yang berlaku pada sebelah pagi tadi, tiada kelibat barisan peguam pendakwa berada di Mahkamah Tinggi Taiping untuk sebutan kes.

Geng Keranda telah sampai pada pukul 8.30am ditemani sekumpulan penyokong dan juga ADUN Kuala Kurau untuk memberi sokongan kepada mereka. Seperti biasa Geng keranda ini perlu melapor diri untuk sebutan kes. Tetapi difahamkan kemudian kes ini belum didaftarkan oleh pihak berkuasa.

Jam 9.30am mereka secara beramai-ramai ke IPD Taiping untuk mengetahui tindakan yang akan diambil. Selepas ke IPD, jurucakap bagi Geng keranda, Yusri dari AMK Lumut telah mebuat kenyataan bahawa kes ini akan dibincangkan oleh OCPD Taiping dan peguam pembela. Dan buat masa ini, tiada tindakan mahupun tempoh lanjutan jaminan dikenakan terhadap Geng Keranda tersebut.

Apa yang berlaku di Mahkamah Taiping dan IPD Taiping, mengesahkan tiada bukti yang kukuh untuk kes ini.D alam satu sidang media yang ringkas,ADUN Kuala Kurau, YB Yunus meminta pihak yang berkuasa mempercepatkan pendakwaan terhadap Geng Keranda atau dibebas dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.

Aku secara peribadi memohon ampun kerana lambat update blog berkenaan kes ini akibat tiada kemudahan wi-fi disekitar kompleks Mahkamah Taiping.

AZRIN IRWAN

Wednesday, May 20, 2009

RAMALAN ESOK 21/5/09

Esok akan terjawablah samada mahkamah bebas atau tidak. Samada permohonan Nizar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Apa yang aku boleh ramalkan secara peribadi, Nizar akan menang esok, dan Zambry akan membuat persidangan DUN Khas untuk membolehkan UBN mengusulkan undi tak percaya pada Nizar dlam tempoh kurang 24jam selepas keputusan.

Tetapi bagi pihak PR pula, aku rasa NIzar patut terus menghadap Sultan Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan. Untuk tujuan itu, Nizar wajib menghadap Tuanku Sultan sebaik sahaja keputusan diumumkan.Itupun kalau Nizar menang.

Andai mahkamah memenangkan Zambry,maka tidak ada pilihanraya selagi Najib tidak umumkan pembubaran Parlimen dan rakyat Perak akan terus menderita serta mempertikaikan setiap keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan haram UBN.

Sidang DUN juga perlu dijalankan dalam tempoh yang terdekat untuk menstabilkan semula ekonomi di Perak ini. Tetapi selagi pusingan 2 ini tidak diputuskan oleh mahkamah, maka DUN tidak akan bersidang seterusnya menjadi penyebab ekonomi di Perak akan jatuh dan tak mustahil aku katakan Perak akan jadi negeri yang termundur di Malaysia.

Apapun seperti semua sedia maklum, pembubaran DUN adalah jalan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Esok aku akan update blog ini dari mahkamah Taiping untuk kes 8 orang AMK yang ditahan sewaktu PRK Bukit Gantang aritu. Dan aku sedaya upaya akan update keputusan antar Nizar vs Zambry. Insyaallah!!!!!

Dan ini yang baru aku terima sms dari ketua AMK Bahagian aku. Esok di mahkamah Putrajaya jam 9am akan berlangsunglah kes rayuan DSAI vs Kerajaan Pusat-Cabar keputusan pemecatan sebagai TPM tahun 1998 di mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Monday, May 18, 2009

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohamad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihanraya umum ke-12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

SUMBER : MALAYSIAKINI

LAPORAN POLIS

Jangan panik!!! Ini ialah laporan polis terhadap apa yang telah berlaku pada 7 Mei 09 yang lalu.

Kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang membuat laporan polis dengan merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V. Sivakumar di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak,yang beralamat 48, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya 30000 Ipoh Perak.

Dalam laporan tersebut, YB V. Sivakumar telah dikasari oleh beberapa orang yang tidak diketahui identitinya(mereka tidak beruniform dan tidak memakai pas) di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Dalam perkara ini, kumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher YB V. Sivakumar dan membawanya secara kasar keluar dari Dewan Undangan Negeri tersebut.

Selain itu, dalam laporannya beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak juga mengalami kecederaan serta baju istiadat mereka dikoyak akibat kekerasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya termasuk ADUN Pasir Pinji (YB Thomas Su), ADUN Pasir Bedamar (YB Seah Leong Peng), ADUN Teja (YB Chang Lih Kang), ADUN Simpang Pulai(YB Chan Min Kai), dan ADUN Canning (YB Wong Kah Woh).

Adalah juga didapati bahawa ADUN Jelapang Puan Hee Yit Foong telah menggunakan alat pemediah mata lada menyembur mata ADUN Aulong YB Yaw Tian Woh, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Kejadianyang tersebut diatas telah dibuat laporan polis oleh YB V. Sivakumar di IPD Ipoh pada 8hb Mei 2009, jam kira-kira 11.30 pagi.

Kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang menggesa satu siasatan polis yang adil dan saksama harus dijalankan terhadap laporan ini demi menjaga kemuliaan Dewan Undangan Negeri Perak di samping memelihara Perlembagaan Negeri dan Negara ini.

Sekian laporan saya.

Khairul Azman Bin Ahmad
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Bukit Gantang.

**laporan ini telah dibuat oleh AMK Bukit Gantang pada 10hb Mei 09.Ia lambat disiarkan kerana lpaoran ini baru diserahkan pada saya untuk disiarkan di dalam blog kami. Harap Maklum.

UBN MEMANG PENGECUT

Apsal tajuk ganas? Ye la sebab dalam kul 7.15pm tadi mesyuarat pimpinan tertinggi UBN telah mengisytiharkan mereka memang pengecut sebab tak tanding dalam PRK Penanti pada 31/5/09.

Ianya akan menjadi sejarah yang buruk pada UBN sekiranya mereka masih tidak mahu bertanding kerana semua PRU dan PRK yang lepas mereka bertanding. Ianya kemungkinan mereka takut untuk berhadapan dengan rakyat baik di Penanti ataupun di Perak.

Ini kerana mereka tidak mahu menjawab isu-isu yang akan dibangkitkan di Penanti berkenaan isu Rampasan Kuasa di Perak. Jadi aku rasa UBN juga tidak akan membenarkan DS Nizar menang di mahkamah Rayuan Khamis ini.

Ini sedikit sebanyak menghalang DS Nizar untuk menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan Kebawah Duli untuk membubarkan DUN Perak. Dan terjawab lah sudah bagaimana Malaysia akan dipimpin oleh seorang pengecut sampai lah PRU yang entah bila akan terjadi.

Untuk mengelakkan pandangan rakyat terhadap keputusan mereka, UBN yang di kepalai oleh Najib akan mengeluarkan kenyataan terhadap pembaziran PRK kerana ia adalah salahlaku pimpinan PKR.

Jadi apa pula pandangan korang tentang keputusan UBN ini?

MUNAJAT & KESYUKURAN

Hari ini aku dapat sms dari s/usaha bahagian. Ada munajat & kesyukuran bersama Dr. ustaz Badrul Amin.

TARIKH : 21/5/09 (KHAMIS)
MASA : 7 MALAM
TEMPAT : SURAU TAMAN MEWAH KAMUNTING

Eloklah tu sebab dalam waktu yang sama di kawasan Bukit Gantang dan Taiping akan ada peristiwa menentukan 8 orang AMK yang ditahan sewaktu PRK Bukit Gantang aritu akan naik mahkamah.

Tu pun kalau pihak yang menangkap mereka tu dah daftar kes kat mahkamah. Kalau tidak jaminan mereka akan dilanjutkan lagi la kot. Sebab nya mereka ni bawak keranda untuk ALtantuya sewaktu hari pembuangan undi.Bukan setakat keranda, gmabar Najib n Bininya pun ada selain gambar Altantuya.

Selain di mahkamah Taiping kat Putrajaya pun ada lagi peristiwa paling bermakna untuk rakyat negeri Perak. Samada Nizar menang lagi atau sistem kehakiman memang tidak bebas.Itu yang rakyat akan menilai sejauh mana kepimpinan Najib. Tetapi aku rasa, sekiranya kita menang pun, sistem kehakiman memang tak boleh bebas di bawah kerajaan pusat UBN.

Jadi kepada semua penyokong atau pendokong PR, moh le kita berkumpul di mahkamah Taiping pada jam 8.30am untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Seterusnya kita akan bermunajat pula bersama Dr. Badrul Amin sebelum kita berangkat ke Penanti.

Saturday, May 16, 2009

Apa Khabar Kapten Osman?


Masa menunggu masuk waktu sembahyang Jumaat di Mesjid Air Puteh dalam Dun Kuala Sepetang semalam aku teringat Kapten Osman.

Apa khabar dia sekarang, Lama benar tak dapat berita dari dia. SMS tak talipun pun tak, tapi aku taula aku ni sapa. Aku pun taknak ada apa-apa hububungan dengan dia lani walaupun satu ketika dulu memang kawan baik.

Kami pernah sama-sama pergi kursus untuk memantapkan ilmu politik di Janda Baik, itu bagi aku paling istimewa, sebab kami sama-sama terima amanah untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat. Dah arwahpun Omar Tan, yang banyak mengajar kita tentang kesetiaan. Kapten boleh masak lagi ke resepi nasi ayam hainan yang arwah bagi masa tu?

Hari ni Kapten sembahyang jumaat kat mana? Pelik juga sebab kalu Kapten pi mana-mana mesti ada orang report. Tapi tak dak pun orang report pasai sembahyang jumaat. Atau Kapten lani pi mesjid pakai cermin mata hitam dan berselendang-Alhamdulillah. Ingat Kapten yang wajib tak boleh tinggal, aku ingatkan ja lepas tu Kapten kena jawab sendirila.

Lama juga Kapten tak balik kawasan. Macam mana Kapten uruskan DUN. Takkan harapkan pegawai-pegawai khasja. Masa Kapten dalam Pakatan Rakyat dulu aku yang selalu bantu pegawai-pegawai khas Kapten untuk buat program. Lani Kapten dan pegawai-pegawai khas Kapten buat program apa? Senyap je. Makan gaji buta dan makam elaun ADUN buta pun tak elok jugak.

Aku tak taulah berapa banyak masalah rakyat yang telah dikendalikan oleh pejabat Kapten, tapi kami di Pejabat Keadilan Rakyat Molek dah belambak kes diterima untuk kawasan Kapten. Kenapa mereka ni tak pi jumpa Kapten? Kan Kapten masih wakil rakyat di sana? Tak elok Kapten tak ada di kawasan selalu, pengundi Kapten nak juga mengadu hal. Ceritala sikit kenapa Kapten jarang balik ni.

Dengan cerita masa Kapten balik mengundi hari tu, Kapten dibuat orang. Tu la Kapten, elok-elok orang sanjung dah jadi lagu tu. Elok-elok ramai kawan dah hilang kawan dan dapat kawan barupun bukan macam yang lama. Ingat Kapten kawan masa susah dulu banyak yang kecik hati kat Kapten. Mungkin Kapten ramai kawan la, tapi tu semua kawan nak mengampu ja kut?

Lepas jumaat aku ziarah office lama, saja nak eratkan silaturahim dengan kawan-kawan. Kebetulan jumpa dengan pegawai khas Kapten. Sebab dia pun kawan aku kenalah teguq. Rupanya Kaptenla di Sarawak, buat apa pi sana Kapten? Aku taula Kapten banyak kenalan di Sarawak masa kempen pilihanraya Sarawak dulu. Depa nak ka jumpa Kapten?

Yang leganya bila pegawai khas Kapten maklumkan yang Kapten sihat, okla jangan tensen sangat nanti masuk Hospital Sg Buluh lagi.

Dari sembang dengan pegawai khas Kapten tu konfiden je dia kata DUN Perak tak akan bubar. Kapten dan pegawai khas Kapten dah banyak sangat dengar cakap orang BN, tu yang dah terikut cara depa bercakap. Aku ingat Kapten dah teruk sangat kena brain wash ni. Apa kata Kapten pi baca artikal-artikal dalam blog alternatif. Kut boleh waras sikit pertimbangan.

Ramai yang tak boleh terima Kapten kalu Kapten balik kepada Pakatan Rakyat. Itu fakta dan DSAI sendiri meletakkan syarat kena letak jawatan ADUN jika Kapten nak balik.

Tapi kalu akulah, aku tak sangup jadi kera sumbang di kampung aku sendiri, mana tak, kenduri orang tak jemput, nak pi pasar pun takut, hidup tak serupa oranglah pendek kata. Tu yang selalu pi jauh-jauh kut?

Yang paling aku risau kut umur pendek, tak dak sapa nak uruskan jenazah. Iangat Kapten yang ada kemahiran buat kerja urus jenazah ni kebanyakannya orang PAS ja. Yang lain mai tolong tengok bolehla.

Kalaulah Kapten letak jawatan ADUN sekurang-kurangnya adalah kalu tak banyak sikit yang boleh terima Kapten balik. Bolehla kut menghabiskan masa yang ada di kampung sendiri. Macam masa bukan jadi ADUN dulu. Ye dak?

Khairul Azman

Kenapa Aku Di Sini?