Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, May 16, 2009

Apa Khabar Kapten Osman?


Masa menunggu masuk waktu sembahyang Jumaat di Mesjid Air Puteh dalam Dun Kuala Sepetang semalam aku teringat Kapten Osman.

Apa khabar dia sekarang, Lama benar tak dapat berita dari dia. SMS tak talipun pun tak, tapi aku taula aku ni sapa. Aku pun taknak ada apa-apa hububungan dengan dia lani walaupun satu ketika dulu memang kawan baik.

Kami pernah sama-sama pergi kursus untuk memantapkan ilmu politik di Janda Baik, itu bagi aku paling istimewa, sebab kami sama-sama terima amanah untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat. Dah arwahpun Omar Tan, yang banyak mengajar kita tentang kesetiaan. Kapten boleh masak lagi ke resepi nasi ayam hainan yang arwah bagi masa tu?

Hari ni Kapten sembahyang jumaat kat mana? Pelik juga sebab kalu Kapten pi mana-mana mesti ada orang report. Tapi tak dak pun orang report pasai sembahyang jumaat. Atau Kapten lani pi mesjid pakai cermin mata hitam dan berselendang-Alhamdulillah. Ingat Kapten yang wajib tak boleh tinggal, aku ingatkan ja lepas tu Kapten kena jawab sendirila.

Lama juga Kapten tak balik kawasan. Macam mana Kapten uruskan DUN. Takkan harapkan pegawai-pegawai khasja. Masa Kapten dalam Pakatan Rakyat dulu aku yang selalu bantu pegawai-pegawai khas Kapten untuk buat program. Lani Kapten dan pegawai-pegawai khas Kapten buat program apa? Senyap je. Makan gaji buta dan makam elaun ADUN buta pun tak elok jugak.

Aku tak taulah berapa banyak masalah rakyat yang telah dikendalikan oleh pejabat Kapten, tapi kami di Pejabat Keadilan Rakyat Molek dah belambak kes diterima untuk kawasan Kapten. Kenapa mereka ni tak pi jumpa Kapten? Kan Kapten masih wakil rakyat di sana? Tak elok Kapten tak ada di kawasan selalu, pengundi Kapten nak juga mengadu hal. Ceritala sikit kenapa Kapten jarang balik ni.

Dengan cerita masa Kapten balik mengundi hari tu, Kapten dibuat orang. Tu la Kapten, elok-elok orang sanjung dah jadi lagu tu. Elok-elok ramai kawan dah hilang kawan dan dapat kawan barupun bukan macam yang lama. Ingat Kapten kawan masa susah dulu banyak yang kecik hati kat Kapten. Mungkin Kapten ramai kawan la, tapi tu semua kawan nak mengampu ja kut?

Lepas jumaat aku ziarah office lama, saja nak eratkan silaturahim dengan kawan-kawan. Kebetulan jumpa dengan pegawai khas Kapten. Sebab dia pun kawan aku kenalah teguq. Rupanya Kaptenla di Sarawak, buat apa pi sana Kapten? Aku taula Kapten banyak kenalan di Sarawak masa kempen pilihanraya Sarawak dulu. Depa nak ka jumpa Kapten?

Yang leganya bila pegawai khas Kapten maklumkan yang Kapten sihat, okla jangan tensen sangat nanti masuk Hospital Sg Buluh lagi.

Dari sembang dengan pegawai khas Kapten tu konfiden je dia kata DUN Perak tak akan bubar. Kapten dan pegawai khas Kapten dah banyak sangat dengar cakap orang BN, tu yang dah terikut cara depa bercakap. Aku ingat Kapten dah teruk sangat kena brain wash ni. Apa kata Kapten pi baca artikal-artikal dalam blog alternatif. Kut boleh waras sikit pertimbangan.

Ramai yang tak boleh terima Kapten kalu Kapten balik kepada Pakatan Rakyat. Itu fakta dan DSAI sendiri meletakkan syarat kena letak jawatan ADUN jika Kapten nak balik.

Tapi kalu akulah, aku tak sangup jadi kera sumbang di kampung aku sendiri, mana tak, kenduri orang tak jemput, nak pi pasar pun takut, hidup tak serupa oranglah pendek kata. Tu yang selalu pi jauh-jauh kut?

Yang paling aku risau kut umur pendek, tak dak sapa nak uruskan jenazah. Iangat Kapten yang ada kemahiran buat kerja urus jenazah ni kebanyakannya orang PAS ja. Yang lain mai tolong tengok bolehla.

Kalaulah Kapten letak jawatan ADUN sekurang-kurangnya adalah kalu tak banyak sikit yang boleh terima Kapten balik. Bolehla kut menghabiskan masa yang ada di kampung sendiri. Macam masa bukan jadi ADUN dulu. Ye dak?

Khairul Azman

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?