Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, May 18, 2009

LAPORAN POLIS

Jangan panik!!! Ini ialah laporan polis terhadap apa yang telah berlaku pada 7 Mei 09 yang lalu.

Kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang membuat laporan polis dengan merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V. Sivakumar di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak,yang beralamat 48, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya 30000 Ipoh Perak.

Dalam laporan tersebut, YB V. Sivakumar telah dikasari oleh beberapa orang yang tidak diketahui identitinya(mereka tidak beruniform dan tidak memakai pas) di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Dalam perkara ini, kumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher YB V. Sivakumar dan membawanya secara kasar keluar dari Dewan Undangan Negeri tersebut.

Selain itu, dalam laporannya beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak juga mengalami kecederaan serta baju istiadat mereka dikoyak akibat kekerasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya termasuk ADUN Pasir Pinji (YB Thomas Su), ADUN Pasir Bedamar (YB Seah Leong Peng), ADUN Teja (YB Chang Lih Kang), ADUN Simpang Pulai(YB Chan Min Kai), dan ADUN Canning (YB Wong Kah Woh).

Adalah juga didapati bahawa ADUN Jelapang Puan Hee Yit Foong telah menggunakan alat pemediah mata lada menyembur mata ADUN Aulong YB Yaw Tian Woh, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Kejadianyang tersebut diatas telah dibuat laporan polis oleh YB V. Sivakumar di IPD Ipoh pada 8hb Mei 2009, jam kira-kira 11.30 pagi.

Kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang menggesa satu siasatan polis yang adil dan saksama harus dijalankan terhadap laporan ini demi menjaga kemuliaan Dewan Undangan Negeri Perak di samping memelihara Perlembagaan Negeri dan Negara ini.

Sekian laporan saya.

Khairul Azman Bin Ahmad
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Bukit Gantang.

**laporan ini telah dibuat oleh AMK Bukit Gantang pada 10hb Mei 09.Ia lambat disiarkan kerana lpaoran ini baru diserahkan pada saya untuk disiarkan di dalam blog kami. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?