Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, August 27, 2009

KELAM KABUT AMNO-BN

Pertama sekali kami dari AMK Cabang Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada YB Salleh Man dan petugas perti PR kerana berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pasir walaupun dalam bulan Ramadhan.

Apa yang berlaku dalam seminggu ini nyata membuatkan Amno-BN tak berani nak mengata lebih-lebih terhadap PR baik waktu kemenangan di N11 ataupun keluarnya ADUN Lunas dari Keadilan. Pada aku keluarnya ADUN Lunas sepatutnya akan memberi impak yang besar terhadap PR khususnya Keadilan, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Cuba perhatikan. Andailah benar Amno tak terlibat terhadap tindakan oleh ADUN Lunas, mengapa isu yang dipaparkan di media-media tok tok Amno tidak lama. Mungkin juga ianya berlaku setelah keluarnya desas-desus 9 ADUN Amno di Terengganu ingin keluar dan menyertai Keadilan. Ataupun krisis kepimpinan MCA(adik-beradik Amno) sehingga memaksa beberapa kerat ahli MCA mendesak supaya diadakan EGM.

Pada pandangan aku, isu yang dihadapi oleh MCA yang memecat Timbalan MCA merupakan peluru bagi pihak PR. Ianya boleh menyebabkan MCA terbubar begitu sahaja andai DS Dr. Chua menyertai mana-mana parti di dalam PR. Dan andai benar terjadi, maka bersiap siagalah wahai pemimpin, pendokong dan penyokong PR, harapan untuk menukar kerajaan pusat akan berlaku sedikit masa lagi, jauh dari sasaran kita sebenarnya iaitu PRU-13.

Tapi pada aku, kita sepatutnya tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku terhadap BN. Kita seharusnya terus memperkuatkan lagi jentera masing-masing. Kita seharusnya juga mengukuhkan ikatan didalam PR untuk mengharungi masa depan yang lebih cerah dari BN. Tidak lupa juga kita berdoa agar BN yang berada diambang kejatuhan, jatuh lebih awal dari kita sangkakan.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?