Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Sunday, August 2, 2009

Orang Tua Di Stesen Keretapi Taiping


Baru sebentar tadi aku ke Stesen Keretapi Taiping, routine aku setiap minggu untuk beli tiket keretapi untuk balik ke Kuala Lumpur. Kali ni aku terserempak dengan seorang tua yang langsung tidak indahkan orang disekeliling dia. Nyeyak sungguh dia tidur di kaki lima Stesen Keretapi Taiping. Dari pemerhatian aku, agaknya umur dia dalam lingkungan 70 hingga 80 tahun, sebaya dengan orang tua aku.

Pagi tadi aku seperti biasa juga aku ziarah orang tua aku di Kamunting, orang tua ni tak boleh sebarang makan, nanti macam-macam penyakit hinggap. Agaknya tersalah makanlah kaki orang tua aku bengkak dan aku syak sebab gaut. Aku buatlah apa yang terdaya untuk selesakan dia. Seberapa daya dan termampu aku memujuk dia untuk pergi ke hospital. Pada usia ini aku tak boleh sebarang cakap, nanti terasa hati. Sebagai anak, tanggungjawab akulah untuk menjaga dia.

Orang tua aku bernasib baik, ada rumah, isteri dan anak-anak menjaga keperluan harian. Apa yang tak cukup cakap saja akan sampailah, yang membezakan hanyalah cepat atau lambat ia sampai.

Aku rasa lain sungguh nasib orang tua di stesen tadi, berbaring di atas simen dengan lapik kertas tanpa selimut, kepala dilapik bag kain dan kaki bersarung kaki. Aku faham sangat keadaan di tempat macam tu, dengan habuk kereta yang lalu lalang, nyamuk dan apalagi bahaya. Petang tadi pulak hujan, Taiping tentu sejuk malam ni. Kenapalah nasib beliau sampai jadi begitu?

Semasa berpeluang mentadbir DUN Kuala Sepetang aku diberi peluang untuk kelihat pelbagai kesusahan rakyat. Dari situ aku diingatkan semula kenapa aku menjadi pekerja parti. Mengapa aku sanggup bergolok bergadai untuk parti. Dan kejadian di stesen keretapi tadi menguatkan ingatkan aku kembali kenapa aku menjadi pekerja parti.

Rakyat malaysia telah memberi harapan kepada UBN untuk mengubah nasib mereka sejak merdeka. Dan itulah yang di retorikkan di dalam media, yang mana Malaysia adalah negara yang makmur kaya raya. Hasil buminya banyak dan boleh memenuhi keperluan rakyat.

Aku bila mendengar retorik ini akan terus saja menyokong UBN, tapi apa yang ada di depan mata amat berbeza.

Cara bagaimana untuk membantu orang tua tadi? Semasa mentadbir DUN Kuala Sepetang aku telah berurusan dengan banyak agensi kemasyarakatan kerajaan. Begitu banyak tap merah untuk aku tempoh sebelum bantuan dapat diluluskan. Kata lain begitu susah untuk memohon bantuan bagi pihak orang yang memerlukan. Sedangkan diretorik negara yang berdaya saing dan menuju negara maju.

Aku lihat tidak ada kesungguhan untuk membantu rakyat oleh UBN dan semua itu orang tahu. lain pula semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang, permohonan yang di katakan tidak layak tiba-tiba diluluskan. atau sebelum ini dikatakan tidak ada peruntukan tiba-tiba ada. Nyata semua itu gula-gula untuk meraih undi.

Cara untuk membantu orang tua di stesen keretapi tadi hanyalah dengan mengubah cara pentadbiran dan pengurusan pada setiap agensi kebajikan. Pada waktu ini perkara itu tidak akan dapat dilakukan selagi pentadbiran negara masih diperintah oleh BN.

Maka malam ini bukan sekadar pakcik tua di Stesen Keretapi Taiping saja yang tidur tidak selesa, malah sebenarnya hampir setiap sudut di negara kita pada waktu ini masih ada yang berharap nasib mereka boleh berubah.

Maka anak-anak muda bantulah kami, berilah harapan baru kepada mereka.

Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?