Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, December 30, 2011

AMK Bukit Gantang Yakin Menang Di C Jering Dan K Sepetang

En Khairul Azman Bin Ahmad (Ketua AMK Bkt Gantang)

Bkt Gantang -  Angkatan Muda Keadilan(AMK) Cabang Bukit Gantang yakin dapat menpertahankan kemenangan di DUN Changkat Jering dan Kuala Sepetang pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 nanti kerana yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua AMK Bukit Gantang Khairul Azman Bin Ahmad berkata, keyakinan itu muncul setelah kajian yang dijalankan terhadap pengundi di sekitar DUN K Sepetang dan DUN C Jering menunjukkan mereka tetap mahu menyokong Calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Ini berdasarkan kepercayaan mereka bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja mampu mengubah dan membela nasib mereka dan  membawa lebih banyak pembangunan demi rakyat pelbagai kaum tanpa ada rasuah dalam melaksankan projek pembangunan.

Beliau berkata, Walaupun wakil rakyat DUN C Jering Kap(B) Osman Jailu yang bertandin atas tiket Parti Keadilan Pada PRU 12 dulu kini sudah tidak bersama parti keadilan rakyat lagi, namun itu tidak mematahkan semangat kami AMK Bkt Gantang untuk berkerja keras mempertahankan kerusi DUN Ckt Jering dan DUN Kuala Sepetang. Malah, AMK Bukit Gantang juga yakin Pakatan Rakyat akan kekalkan kemenangan di Parlimen Bkt Gantang yang ditandingi calon dari PAS.

Beliau juga berkata, kami tetap akan memperjuangan isu harga barang dan harga minyak yang semakin meningkat selain isu nelayan, petani, pembangunan setempat demi masa depan rakyat. Selain itu, AMK Bukit Gantang telah menyusun pelbagai program anak muda menjelang PRU 13 yang kami jangkakan akan diadakan pada Mac depan bagi memenangi hati rakyat pelbagai kaum.

Beliau  berpendapatan, bahawa pengundi muda yang berumur bawah 40 tahun akan menjadi penentu keputusan pada PRU 13 nanti. Pengundi muda ini jugalah yang akan menetukan masa depan UMNO-BN.

Wednesday, December 28, 2011

Kampung Banggol Nering, Changkat Jering Lancar Rukun Tertangga



Pasukan Rukan Tertangga Kampung Banggol Nering

Changkat Jering  - Risau dengan kejadian pecah rumah yang sering  berlaku musim cuti sekolah di kampung ini. Pemuda Kampung Banggol Nering,  Changkat Jering telah membuat keputusan dengan melacarkan pasukan rukun tertangga Kampung Banggol Nering yang diangotai sendiri oleh anak muda kampung ini demi keselamatan kampung.

Pasukan Rukun Tertangga ini dibentuk bagi mengawasi keselamatan kampung  daripada kejadian pecah rumah yang kerap berlaku.  Dengan adanya pasukan ini penduduk kampung  tidak lagi perlu risau dengan sebarang kemungkinan bakal berlaku terhadap mereka pada tengah malam.

Menurut ketua pasukan ini yang hanya mahu dikenali sebagai En Manaf, menariknya pasukan ini mereka bertugas secara sukarela tanpa sebarang habuan. Mereka ikhlas bertugas demi keselamatan kampung. Untuk pengetahuan, Kami akan bertugas bermula jam 12 tengah malam sehingga subuh pagi esok.  Apabila kami memulakan tugas tepat jam 12 malam sesiapa sahaja yang memasuki kampung ini akan kami tahan dan soal tujuan mereka memasuki kampung.

Diharapkan dengan adanya pasukan keselamatan rukan tertangga ini, keselamatan  penduduk kampung banggol nering, Changkat Jering akan lebih terjamin.

Thursday, December 15, 2011

Terkini Dari Komplek Mahkamah Jalan Duta


"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditemani Wan Azizah semasa menjawab soalan pemberita di lobi Komplek Mahkamah Jalan Duta
Keputusan sama ada Anwar Ibrahim dibebaskan atau bersalah atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan akan diketahui 9 Jan 2012.

Anwar Ibrahim didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya  "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu  menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".


Manakala Anwar Ibrahim pula menyatakan “Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan”.  

Tuesday, November 29, 2011

Ucapan Pengulungan Ketua Umum Pada Kongres Nasional Ke-8

Amanat penting yang disampaikan oleh Ketua Umum kepada semua perwakilan dan pemerhati Kongres Nasional ke-8. DSAI berucap dalam ucapan pengulunganya pada Kongres Nasional ke-8 di Pulai Spring Resort, Johor Bharu. Kongres yang terakhir sebelum kita semua bertempur di PRU 13. Wajib Tonton

Part 1

Part 2
Part 3
Part 4

Monday, November 14, 2011

Koleks Ceramah Terbaru

Nik Najmi (Adun Sri Setia)

Mat Sabu Part 1

Part 2
Part 3

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali

AMK Bukit Gantang mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India. 


Monday, October 24, 2011

Kupasan Mengenai Belanjawan 2012 PR Daripada Rafizi Ramli

Ucapan daripada Pengarah Strategi Keadilan Pusat Sr Razifi Ramli pada Forum Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Hotel Hillcity, Ipoh bertarikh 10 October yang lalu. Sila amati maklumat penting yang ingin disampaikan oleh Sr Rafizi Ramli ini. Wajib Tonton

Part 1
Part 2
Part 3

Wednesday, October 19, 2011

Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumungkan Belanjawannya 2 hari lebih awal daripada belanjanwan Kerajaan yang diumunkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib di Parlimen pada 7 October lepas . Kini, Rakyat boleh membandingkan kedua-dua belanjawan tersebut yang mana lebih baik sama ada belanjawan Pakatan Rakyat(PR) atau belanjawan Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat percaya ini adalah belanjawan terakhir yang dibentangkan Kerajaan sebelum Piliharaya Umum ke 13. Sebab itu, PR membentangkan belanjawannya lebih awal agar ia dapat memotong belanjawan kerajaan dan tidak menberi ruang langsung kepada Barisan Nasional untuk mengunakan belanjawan mereka ini sebagai bahan kempen pada PRU 13 nanti.

Perbezaan asas diantara kedua-dua belanjawan ini adalah jumlah peruntukkan, dimana jumlah di dalam belanjawan Pakatan Rakyat sebanyak RM 232.8 billion. Manakala, Jumlah yang diperuntukkan di dalam belanjawan Barisan Nasional pula sebanyak RM 245.6 billion. Ternyata Belanjawan BN lebih besar daripada belanjawan PR iaitu RM12.8 Billion. 

Jumlah yang lebih tinggi ini menunjukkan betapa tidak bijaknya pemerintah merangcang perbelanjaan ketika defisit dan hutang negara kekal besar. Apa itu defisit? Kalau kita mempunyai pendapatan RM100, tertapi kita berbelanja sampai RM150 maknanya itulah dipanggil defisit. Keadaan perberlanjaan melebihi pendapatan  sudah berlarutan selama 14 tahun. 

Jika dilihat pada Belanjawan Pakatan Rakyat, ternyata perangcangan ekonominya lebih baik. Antara dasar-dasarnya ialah Belanjawan PR telah memberikan penekanan kepada konsep gaji minimun yang mana tiada di dalam belanjawan BN.

Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat telah mengumunkan RM 1.100 sebagai pengenalan gaji minima melibatkan 300.000 kakitangan awam dan swasta yang gajinya kurang daripada angka ini. Sebagai contoh, Bayangkan dengan gaji RM 700 bagaimana hendak berberlanja selama sebulan? sedangkan makan saja sudah diangarkan sebanyak RM300, Sewa rumah juga dianggarkan RM 300 sebulan, Bil Eletrik dan Bil lain-lain dianggar RM 150 sebulan, Bagaimana dengan perbelanjaan lain seperti Petrol? keperluan asas lain. Dengan gaji RM 700 sudah tentu tidak cukup. Oleh itu, Pengenalan gaji minima sebanyak RM1, 100 seperti yang diumumkan belanjawan Pakatan Rakyat amat bersesuai.

Sengaja AMK Bukit Gantang membangkitkkan Isu Gaji minima di dalam Blog ini kerana ia lebih dekat dengan anak muda. Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lengkap mengenai Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Anda boleh dapatkan akhar Suara Keadilan dengar harga RM 2 atau boleh minta penerangan dengan datang ke Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang di Pekan Kuala Sepetang atau datang ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Taman Molek, 2 1/2, Simpang.

Beringatlah Negara kita telah berhutang sebanyak RM 437 Billion. Kesannya sudah tentu anak muda yang akan tangung hutang negara pada masa akan datang.

Bayangkan azad yang akan ditanggung rakyat andai UMNO-BN andai terus menang dan memerintah Negara selepas PRU 13 nanti. Oleh itu, AMK Bukit Gantang menyeru seluruh anak muda bangkit menentang pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Masa depan anak cucu kita terletak di tanggan kita sendiri. Pilihlah Kerajaan yang lebih baik pada PRU 13 nanti.


Sunday, October 9, 2011

Ramalan Tarikh PRU 13

9 OKT. 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucaptama pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC Kuala Lumpur. Telah mengeluarkan kenyataan samada tak senaja atau secara bersahaja. "Tarikh pilihanraya, kita tunggu dua tiga hari lagi".

Kenyataan tersebut menguatkan lagi spekulasi dan ramalan PRU 13 akan berlaku pada November ini.

Tuesday, October 4, 2011

Keberangkalian PRU 13

Seperti yang kita dengar gosip-gosip mengenai tarikh PRU 13, kita sering mendengar tarikh PRU 13 dijangka pada 11/11/11.

Angakatan Muda Keadilan(AMK) Cabang Bukit Gantang juga tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan pada tarikh tersebur berdasarkan mood PM Najib yang sering kali turun padang bagi mendekati hati remaja muda mudi.
Baru-baru ini PM Najib telah membuat kunjungan ke stesen-stesen radio kegemaran anak muda seperti Radio ERA, Hot FM, Mix FM, Hitz FM dan banyak lagi radio-radio kegemeran remaja. Tidak cukup dengan membuat kunjung ke stesen-stesen radio popular, Najib telah membuat kejutan hadir ke Konsert Suara Kami yang diadakan di Stadium Merdeka pada 17 Sept lepas bersama isteri kesayangan Datin Rosmah.

Berdasarkan mood yang ditunjukan oleh Najib ini telah menambakan keyakinan AMK Bukit Gantang bahawa PRU 13 terlalu hampir.

AMK Bukit Gantang telah membuat kajian mengenai keberangkalian PRU 13 bakal diadakan.  

Seperti yang diketahuan umum, Bajet 2012 bakal dibentang oleh Najib di Parlimen pada 7 Oct 2011 iaitu hari jumaat ini. Besar kemungkinan Parlimen akan dibuburkan pada 10 Oct 2011 iaitu isnin depan. Hal ini kerana, Bajet 2012 ini sudah tentu Bajet Pilihanraya bagi menarik hati rakyat menjelang PRU 13.  Pada 10 Oct 2011(Isnin) adalah hari Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berucap mengenai Bajet 2012 yang telah dibentangkan Najib Razak. Bagi mengelak DS Anwar Ibrahim mengoyak bajet tersebut, Najib akan bubar Parlimen selepas pembentangan Bajet 2012.

Besar kemungkinan Hari Penamaan calon bakal diadakan 29 Oct 2011. Dengan hari berkempen selama 14 hari, Manakala Najib Razak dan Rosmah pula dijadualkan pulang dari menunaikan Ibadah Haji pada 7 November, Besar kemungkinan hari pembuangan undi pada 11 November 2011. 

Kesimpulanya, Berdasarkan kemungkinan yang bakal berlaku ini sudahkan kita bersedia untuk turun ke medan peperangan? Diharap PRU 13 ini menjadi titik penamat Malaysia dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dan menjadi titik permulaan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sunday, September 25, 2011

Pengorbanan Anak Muda Membawa Perubahan Kepada Negara

Pengorbanan anak muda yang membawa perubahan lebih baik kepada negara yang mereka sayangi. Pengorbanan ini ternyata bukan untuk diri sendiri, bukan tempolak sendiri tetapi untuk generasi akan datang.

Monday, September 19, 2011

Wednesday, September 14, 2011

Jom Bersama Kami

                                                                                 

AMK Bukit Gantang sedang mengumpul sukarelawan Parti untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa saja.

Untuk itu, AMK Bukit Gantang mengalakkan anak muda yang berada di sekitar Parlimen Bukit Gantang agar bersama AMK Bukit Gantang berkerja memenangkan calon Keadilan.

Untuk pengetahuan, pada PRU 13 nanti Keadilan Bukit Gantang akan meletakan calon di 2 DUN dalam Parlimen Bukit Gantang iaitu kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang. 

Ayuh! mari bersama kita berkerja keras memenangkan calon Keadilan pada PRU 13 nanti. Untuk rekod, pada PRU 12 yang lalu Keadilan telah memenangi kerusi di DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang. 

Walaupun wakil rakyat Adun Changkat Jering sudah tidak lagi bersama Keadilan, Namun itu bukan alasan untuk kita tidak berkerja keras memenangkan calon keadilan di DUN Changkat Jering. Percayalah, Pada PRU13 nanti Keadilan akan meletakan calon yang terbaik untuk pengundi di DUN Changkat Jering. Dan yakinlah tiada lagi calon katak daripada Keadilan pada PRU 13 nanti.

Bukan itu sahaja, AMK Bukit Gantang juga akan bermati-matian berkerja  mempertahankan kerusi Dun Kuala Sepetang yang dimenangi YB Tai Sing Ng pada PRU 12 yang lalu.

Jika anda berminat untuk menjadi sukarelawan bersama AMK Bkt Gantang. Sila hubungi En Faisal Zainal (017-5598674), En S Tangamani (017-5657594), En Yusmizan (013-5908356).




Tuesday, September 13, 2011

Anda Berbakat Bermain Muzik? Ingin menjadi pemuzik terkenal?


Adakah anda berbakat bermain muzik? jangan sia-siakan bakat terpendam anda. Amk Bkt Gantang sedang mencari pemuzik handalan dikalangan anak muda khususnya anak muda Bkt Gantang bagi membentuk kumpulan muzik "Live Band". 


Segala kos latihan akan dibiayai oleh Amk Bkt Gantang. Sesi uji bakat akan diadakan bagi memilih pemuzik yang sesuai.  


Jika anda berminat, sila hubungi En Faizal Zainal (017 - 5598674) atau datang ke Pejabat Keadilan Cabang Bkt Gantang, Di Taman Molek, Simpang atau datang ke Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang di Pekan Kuala Sepetang.

Saturday, September 10, 2011

Jemputan Majlis Rumah Terbuka

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Cabang Bukit Gantang akan menganjurkan Majis Rumah Terbuka Aidil Fitri 1423 di Perkarangan Pejabat Keadilan Bukit Gantang yang beralamat di No 5 Lorong 1, Taman Molek Simpang, Perak.

Majlis akan diadakan pada 11 Sept 2011 bermula jam 8:00 malam.

Semua dijemput hadir.

Untuk memdapatkan keterangan lanjut sila hubungi En Thanga 017-5657594 atau En Faisal 017-5598674.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri

Sebening air wudhu, sesuci Al-Qur`an, semerdu alunan zikir, sekusyuk solat lima waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam. Andai tangan tak sempat berjabat, jika muka tak sempat bersua, izinkan hati ini mengzahirkan ucapan salam Aidil Fitri kepada semua - kembali kepada fitrah. 
 
"Demi Rakyat", hakikat suatu perjuangan, menjanjikan kemenangan.

Sunday, August 21, 2011

Promosi

Mencetak dan merekabentuk pelbagai jenis banner dalam apa-apa saiz pada harga RM1.99 sekaki persegi.

Friday, August 19, 2011

Majlis Berbuka Puasa

Parti Keadilan Rakyat melalui Pusat Khdmat ADUN Kuala Sepetang akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Dengan Pelajar Tahfiz Ibnu Sinar Kampung Rahmat petang ini.

Program bermula pada jam 6 petang dengan mengagihkan bantuan kepada golongan berkemanpuan dan mangsa kebakaran.

Turut akan hadir pada program ini adalah ketua Srikandi Keadilan Malaysia Cik Siti Aishah Shaik Ismail, ADUN Kuala Sepetang En Tai Sing Ng. Pimpinan Cabang dan Ranting Keadilan dan PAS.

Pengisian lain program pada petang ini adalah bacaan ayat suci Al Quran oleh para pelajar tahfiz, berbuka dan solat magrib.

Penganjur juga memanjangkan jemputan kepada semua penduduk di sekitar Taman Mewah dan Taman Palma.
 
Majlis akan diadakan di alamat No 15, Lorong 19 Taman Mewah Kamunting.

Semoga dengan kehadiran penduduk sekitar akan menyerikan lagi majlis ini kelak.






Wednesday, August 17, 2011

Jom dengar ceramah Chegu Bard

Ramai kawan-kawan bertanya bila chegu bard nak datang Bkt Gantang lagi. Dah lama chegu bard tak mai ceramah dkt sini. Untuk maklumat kawan-kawan, Amk Bkt Gantang sedang berusaha berurusan dengan chegu bard untuk menbawa beliau ke Bkt Gantang lagi.

Jika tiada aral, Isya Allah Amk Bkt Gantang akan mengadakan program ceramah chegu bard di Bkt Gantang selepas kita semua menyambut Aidilfitri.

Untuk melepaskan rindu, jom kita layan video ketika beliau berceramah di Markas Pas Pasir Panjang Laut, Lumut pada 14/8/11 lepas.


  Ceramah Chegu Bard Di Pasir Panjang Ahad Lepas

Tuesday, August 16, 2011

Berita Gembira






Hayati lirik lagu ini,Undilah Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Thursday, July 21, 2011

Sudahkan Anda Memiliki Buku Jingga?


Sudahkan Anda Memiliki Buku Jingga? Jika belum anda boleh dapatkan Buku Jingga ini secara percuma di Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang yang terletak di Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek, Simpang. Anda juga boleh dapatkan penerangan berkenaan program Buku Jingga ini daripada pertugas Parti sepenuh masa kami di sana iaitu En S Tangamani.

Bukan itu sahaja, Anda juga boleh meminta penerangan berkenaan isu-isu semasa yang telah dibangkitkan oleh UMNO-BN hari ini daripada En S Tangamani di Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang.

Sunday, July 17, 2011

Ceramah Penerangan Gelombang Kuning

Posting sebelumnya adalah berkaitan.

Keadilan Bukit Gantang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program yang telah diadakan semalam.

Terima kasih daun keladi kepada semua penceramah yang telah menjayakannya termasuk penceramah dari pimpinan cabang sendiri.

Saudara Rafizi Ramli, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
Dr Mohamad Noor Manuti, Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak dan
Ustz Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang.
 
Terima kasih daun keladi juga kepada tuan rumah En Lo yang sudi meminjamkan halaman beliau untuk Program ini.
 
Pada program tersebut Keadilan Bukit Gantang turut merasmikan penubuhan ranting terbaru pada cabang iaitu Ranting Sungai Mas.
Hj Ismail Ketua Cabang Bukit Gantang 4 dari kiri, menyerahkan papan tanda ranting kepada ketua Ranting Sungai Mas En Loh- 1 dari kanan.

Friday, July 15, 2011

Ceramah Penerangan Gelombang Kuning

Ceramah peneranan dari Keadilan Cabang Bukit Gantang dengan tema "Gelombang Kuning" dijadualkan akan diadakan pada 15hb Jul 2011 pada hari Jumaat bertempat di Taman Sungai Mas, Taiping. Program ini dijadual bermula pada jam 9:00 malam.

Taman Sungai Mas terletak 1km simpang sebelah kiri sebelum Taman Kaya dan merupakan kawasan baru dan belum pernah diadakan apa-apa program ceramah besar.

Keadilan Bukit Gantang menampilkan penceramah-penceramah antaranya:-

Penasihat ekonomi di pejabat Mentri Besar Selangor, En Rafizi Ramli yang merupakan seorang yang mahir dalam memberi penerangan berkenaan program Buku Jingga.

Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang pada sebelum perhimpunan bersih 2.0 telah ditahan polis hanya kerana beliau memakai baju berwarna kuning, walaupun tidak tercetak berkataan bersih pada baju tersebut.

Dr Mohamad Noor Manuti, Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak dan


Ustz Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang.

Keadilan Bukit Gantang juga akan memberi peluang anak-anak muda yang telah menjayakan perhimpunan bersih 2.0 sabtu lalu untuk menceritakan pengalaman mereka semasa perhimpunan.

Semua dijemput hadir pada program ini.

Sunday, July 10, 2011

Dua Sinario

Hanya 6 ribu orang saja yang hadir pada perhimpunan BERSIH 2.0 sini


Thursday, July 7, 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

6 Julai 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak polis kerana membuat pengumuman secara besar-besaran kepada orang ramai bahawa polis telah berjumpa 36 bom petrol dan senjata-senjata di kawasan negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengumuman yang dibuat oleh polis tanpa siasatan yang menyeluruh dan teliti serta terus menuduh bahawa senjata-senjata berikut mempunyai perkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat politik jahat.

Walaupun Yang Dipertuan Agong dalam titahnya secara jelas agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan adil dan saksama serta menyelesaikan masalah dengan rundingan bersama organisasi-organisasi yang berkenaan.

Namun demikian, operasi penangkapan masih berterusan malahan menahan Ahli Parlimen dan beberapa pemimpin-pemimpin parti di bawah Odinan Darurat, serta menyerbu pejabat ADUN tanpa waran. Perbuatan polis telah engkar terhadap titah Yang DiPertuan Agong.

Lee Khai Loon
AMK Malaysia amat kesal tentang tuduhan yang tidak benar daripada pihak polis terhadap aktivis-aktivis Bersih 2.0 bahawa 36 bom petrol dan senjata-senjata adalah milik mereka tanpa sebarang penyiasatan yang menyeluruh.

AMK Malaysia ingin mempersoalkan pengumuman polis yang berunsur politik tersebut. Bagaimana polis mendapati bahawa senjata-senjata tersebut dimiliki oleh aktivis Bersih 2.0? Adakah siasatan terhadap kemungkinan untuk provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan Bersih 2.0 telah banyak kali menegas bahawa perhimpunan Bersih pada Julai 9 adalah aman, rasional dan bertanggungjawab?

AMK Malaysia berpendapat bahawa sikap polis yang tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0 kerana sampai hari ini pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pemuda-pemuda UMNO serta PERKASA yang seringkali membuat provokasi sehingga mencabar serta mengugut membakar bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square. Ini telah menunjukkan polis mempunyai double standard dalam palaksanaan tugasnya.

AMK Malaysia menyatakan pihak polis telah melanggar prinsip sebagai seorang penjawat awam. Polis diberi kuasa untuk menjaga keselamatan masyarakat dan bertanggungjawab untuk memastikan rakyat negara berada dalam keadaan yang selamat. Mereka tidak seharusnya menjadi jentera kepada UMNO-BN isu yang beragenda politik dan menafikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.

Dengan itu, AMK Malaysia mempertikaikan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia telah merosot dan turut menggesa kerajaan menerima cadangan yang diusulkan oleh Suruhanjaya terhadap penstrukturan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia dan menubuhkan serta menguatkuasakan IPCMC dengan segera.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Sunday, July 3, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama)-Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai.

Berikut adalah sebahagian teks  Titah Khas tersebut:


"
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

-- BERNAMA sini

Monday, June 27, 2011

AMK BUKIT GANTANG BERI KOMITMEN PENUH UNTUK PERHIMPUNAN BERSIH 2.0


Fakta :

Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur
(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL).
Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :

1.     BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2.     Reformasikan Undi Pos
3.     Gunakan Dakwat Kekal
4.     Akses Media Yang Bebas & Adil
5.     Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6.     Kukuhkan Institusi Awam
7.     Hentikan Rasuah
8.     Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :

Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik :

Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

Jangkaan/ Unjuran :

Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .

Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan : 

1.     Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2.     Duit-maksimum RM100 sahaja.
3.     Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0 
4.     Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5.     Sediakan baju hujan berwarna kuning.
6.     Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
7.     Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
8.     Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
9.     Sedikit garam batu; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
10.  Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
11.  Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
12.  Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
13.  Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
14.  Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
15.  Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan–gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com  atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
1.     Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2.     Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3.     Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4.     Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5.     Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.
6.     Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7.     Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
8.     Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9.     Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10.  Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11.  Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12.  Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13.  Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :
1.     Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2.     Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3.     Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4.    Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5.     Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6.     Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7.     Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8.     Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.
9.     Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & amp; Masjid Kg Baru
10.  Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11.  Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12.  Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & amp; Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13.  Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :

1.     Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.
2.     Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
3.     Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.
4.     Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5.     Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6.     Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7.     Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8.     Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9.     Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10.  Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11.  Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12.  Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13.  Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14.  Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
15.  Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.
Selepas Perhimpunan :
1.     Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2.     Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
3.     Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
4.     Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
5.     Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.
6.     Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
7.     Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
1.     Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.
2.     Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3.     Jangan hampiri mereka.
4.     Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5.     Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6.     Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan
1.     Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2.     Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3.     Duduk jika pimpinan arahkan.
4.     Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.
5.     Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6.     Ambil gambar mereka jika sempat.
7.     Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :
1.     Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2.     Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3.     Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4.     Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5.     Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6.     Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7.     Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8.     Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9.     Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10.  Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11.  Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :
1.     Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2.     Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3.     Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4.     Ceritakan  dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5.     Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6.     Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7.     Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8.     Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9.     Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10.  Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11.  Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Tunggu! Perhatian… :
1.     Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.     Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.     Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.     Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Harapan Kita Semua :
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.
Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada  10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada “Field Commander”  atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Notes courtesy of: AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Kenapa Aku Di Sini?