Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, January 18, 2012

Pindaan Akta Kerja 1955

Akta kerja yang diwujudkan adalah untuk memastikan hak pekerja dilindungi.  Pada asasnya, semua pekerja yang bergaji tidak melebihi RM1,500.00 sebulan, bekerja di Semenanjung Malaysia termasuk WP Labuan  adalah tertakluk dibawah akta ini. Cadangan pindaan ini bermula apabila pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah mengemukakan di Parlimen melalui bacaan pertama pada Julai 2010.  Akibat bantahan dari MTUC, cadangan ini digugurkan pada Oktober 2010. Kerajaan membuat beberapa pembetulan yang tidak relevan, sekali lagi Bil ini dibentangkan di Parlimen dan seterusnya diluluskan pada Oktober 2011. 

AMK Bukit Gantang membantah cadangan iaitu Isu wujudnya kontraktor tenaga kerja dimana dibawah peruntukkan ini, membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor yang dilantik membekalkan tenaga kerja kepada majikan berkenaan. 
Melalui sistem ini, seseorang pekerja itu bekerja untuk kontraktor dan bukannya kepada majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak bertanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), juga kemudahan-kemudahan dan hak lain sebagai seorang pekerja.  Untuk jangkamasa panjang, AMK Bukit Gantang melihat pindaan ini juga akan mengakibatkan tidak wujud lagi pekerjaan tetap dimana semua tenaga kerja akan diambil secara kontrak melalui pembekal pekerja yang dilantik.

Pekerja
Kesan dari pindaan akan berlaku kepada generasi antara 5 hingga 10 tahun akan datang. Adik-adik kita yang bakal melepasi zaman persekolahan dan university bakal dilayan lebih sebagai seorang kontraktor. Mereka hanya akan dibayar atas kerja yang dilakukan dan majikan berhak menafikan segala hak mereka.

Bayangkan adik-adik kita kelak tidak akan ada cuti tahunan, penel kesihatan, kenaikan gaji atau dengan mudah apa yang akan berlaku atas kebajikan pekerja majikan akan jawab “Ada aku kisah”.

Friday, December 30, 2011

AMK Bukit Gantang Yakin Menang Di C Jering Dan K Sepetang

En Khairul Azman Bin Ahmad (Ketua AMK Bkt Gantang)

Bkt Gantang -  Angkatan Muda Keadilan(AMK) Cabang Bukit Gantang yakin dapat menpertahankan kemenangan di DUN Changkat Jering dan Kuala Sepetang pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 nanti kerana yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua AMK Bukit Gantang Khairul Azman Bin Ahmad berkata, keyakinan itu muncul setelah kajian yang dijalankan terhadap pengundi di sekitar DUN K Sepetang dan DUN C Jering menunjukkan mereka tetap mahu menyokong Calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Ini berdasarkan kepercayaan mereka bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja mampu mengubah dan membela nasib mereka dan  membawa lebih banyak pembangunan demi rakyat pelbagai kaum tanpa ada rasuah dalam melaksankan projek pembangunan.

Beliau berkata, Walaupun wakil rakyat DUN C Jering Kap(B) Osman Jailu yang bertandin atas tiket Parti Keadilan Pada PRU 12 dulu kini sudah tidak bersama parti keadilan rakyat lagi, namun itu tidak mematahkan semangat kami AMK Bkt Gantang untuk berkerja keras mempertahankan kerusi DUN Ckt Jering dan DUN Kuala Sepetang. Malah, AMK Bukit Gantang juga yakin Pakatan Rakyat akan kekalkan kemenangan di Parlimen Bkt Gantang yang ditandingi calon dari PAS.

Beliau juga berkata, kami tetap akan memperjuangan isu harga barang dan harga minyak yang semakin meningkat selain isu nelayan, petani, pembangunan setempat demi masa depan rakyat. Selain itu, AMK Bukit Gantang telah menyusun pelbagai program anak muda menjelang PRU 13 yang kami jangkakan akan diadakan pada Mac depan bagi memenangi hati rakyat pelbagai kaum.

Beliau  berpendapatan, bahawa pengundi muda yang berumur bawah 40 tahun akan menjadi penentu keputusan pada PRU 13 nanti. Pengundi muda ini jugalah yang akan menetukan masa depan UMNO-BN.

Wednesday, December 28, 2011

Kampung Banggol Nering, Changkat Jering Lancar Rukun Tertangga



Pasukan Rukan Tertangga Kampung Banggol Nering

Changkat Jering  - Risau dengan kejadian pecah rumah yang sering  berlaku musim cuti sekolah di kampung ini. Pemuda Kampung Banggol Nering,  Changkat Jering telah membuat keputusan dengan melacarkan pasukan rukun tertangga Kampung Banggol Nering yang diangotai sendiri oleh anak muda kampung ini demi keselamatan kampung.

Pasukan Rukun Tertangga ini dibentuk bagi mengawasi keselamatan kampung  daripada kejadian pecah rumah yang kerap berlaku.  Dengan adanya pasukan ini penduduk kampung  tidak lagi perlu risau dengan sebarang kemungkinan bakal berlaku terhadap mereka pada tengah malam.

Menurut ketua pasukan ini yang hanya mahu dikenali sebagai En Manaf, menariknya pasukan ini mereka bertugas secara sukarela tanpa sebarang habuan. Mereka ikhlas bertugas demi keselamatan kampung. Untuk pengetahuan, Kami akan bertugas bermula jam 12 tengah malam sehingga subuh pagi esok.  Apabila kami memulakan tugas tepat jam 12 malam sesiapa sahaja yang memasuki kampung ini akan kami tahan dan soal tujuan mereka memasuki kampung.

Diharapkan dengan adanya pasukan keselamatan rukan tertangga ini, keselamatan  penduduk kampung banggol nering, Changkat Jering akan lebih terjamin.

Thursday, December 15, 2011

Terkini Dari Komplek Mahkamah Jalan Duta


"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditemani Wan Azizah semasa menjawab soalan pemberita di lobi Komplek Mahkamah Jalan Duta
Keputusan sama ada Anwar Ibrahim dibebaskan atau bersalah atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan akan diketahui 9 Jan 2012.

Anwar Ibrahim didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya  "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu  menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".


Manakala Anwar Ibrahim pula menyatakan “Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan”.  

Tuesday, November 29, 2011

Ucapan Pengulungan Ketua Umum Pada Kongres Nasional Ke-8

Amanat penting yang disampaikan oleh Ketua Umum kepada semua perwakilan dan pemerhati Kongres Nasional ke-8. DSAI berucap dalam ucapan pengulunganya pada Kongres Nasional ke-8 di Pulai Spring Resort, Johor Bharu. Kongres yang terakhir sebelum kita semua bertempur di PRU 13. Wajib Tonton

Part 1

Part 2
Part 3
Part 4

Monday, November 14, 2011

Koleks Ceramah Terbaru

Nik Najmi (Adun Sri Setia)

Mat Sabu Part 1

Part 2
Part 3

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali

AMK Bukit Gantang mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India. 


Monday, October 24, 2011

Kupasan Mengenai Belanjawan 2012 PR Daripada Rafizi Ramli

Ucapan daripada Pengarah Strategi Keadilan Pusat Sr Razifi Ramli pada Forum Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Hotel Hillcity, Ipoh bertarikh 10 October yang lalu. Sila amati maklumat penting yang ingin disampaikan oleh Sr Rafizi Ramli ini. Wajib Tonton

Part 1
Part 2
Part 3

Wednesday, October 19, 2011

Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumungkan Belanjawannya 2 hari lebih awal daripada belanjanwan Kerajaan yang diumunkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib di Parlimen pada 7 October lepas . Kini, Rakyat boleh membandingkan kedua-dua belanjawan tersebut yang mana lebih baik sama ada belanjawan Pakatan Rakyat(PR) atau belanjawan Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat percaya ini adalah belanjawan terakhir yang dibentangkan Kerajaan sebelum Piliharaya Umum ke 13. Sebab itu, PR membentangkan belanjawannya lebih awal agar ia dapat memotong belanjawan kerajaan dan tidak menberi ruang langsung kepada Barisan Nasional untuk mengunakan belanjawan mereka ini sebagai bahan kempen pada PRU 13 nanti.

Perbezaan asas diantara kedua-dua belanjawan ini adalah jumlah peruntukkan, dimana jumlah di dalam belanjawan Pakatan Rakyat sebanyak RM 232.8 billion. Manakala, Jumlah yang diperuntukkan di dalam belanjawan Barisan Nasional pula sebanyak RM 245.6 billion. Ternyata Belanjawan BN lebih besar daripada belanjawan PR iaitu RM12.8 Billion. 

Jumlah yang lebih tinggi ini menunjukkan betapa tidak bijaknya pemerintah merangcang perbelanjaan ketika defisit dan hutang negara kekal besar. Apa itu defisit? Kalau kita mempunyai pendapatan RM100, tertapi kita berbelanja sampai RM150 maknanya itulah dipanggil defisit. Keadaan perberlanjaan melebihi pendapatan  sudah berlarutan selama 14 tahun. 

Jika dilihat pada Belanjawan Pakatan Rakyat, ternyata perangcangan ekonominya lebih baik. Antara dasar-dasarnya ialah Belanjawan PR telah memberikan penekanan kepada konsep gaji minimun yang mana tiada di dalam belanjawan BN.

Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat telah mengumunkan RM 1.100 sebagai pengenalan gaji minima melibatkan 300.000 kakitangan awam dan swasta yang gajinya kurang daripada angka ini. Sebagai contoh, Bayangkan dengan gaji RM 700 bagaimana hendak berberlanja selama sebulan? sedangkan makan saja sudah diangarkan sebanyak RM300, Sewa rumah juga dianggarkan RM 300 sebulan, Bil Eletrik dan Bil lain-lain dianggar RM 150 sebulan, Bagaimana dengan perbelanjaan lain seperti Petrol? keperluan asas lain. Dengan gaji RM 700 sudah tentu tidak cukup. Oleh itu, Pengenalan gaji minima sebanyak RM1, 100 seperti yang diumumkan belanjawan Pakatan Rakyat amat bersesuai.

Sengaja AMK Bukit Gantang membangkitkkan Isu Gaji minima di dalam Blog ini kerana ia lebih dekat dengan anak muda. Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lengkap mengenai Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Anda boleh dapatkan akhar Suara Keadilan dengar harga RM 2 atau boleh minta penerangan dengan datang ke Pejabat Pusat Khidmat Adun Kuala Sepetang di Pekan Kuala Sepetang atau datang ke Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang di Taman Molek, 2 1/2, Simpang.

Beringatlah Negara kita telah berhutang sebanyak RM 437 Billion. Kesannya sudah tentu anak muda yang akan tangung hutang negara pada masa akan datang.

Bayangkan azad yang akan ditanggung rakyat andai UMNO-BN andai terus menang dan memerintah Negara selepas PRU 13 nanti. Oleh itu, AMK Bukit Gantang menyeru seluruh anak muda bangkit menentang pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Masa depan anak cucu kita terletak di tanggan kita sendiri. Pilihlah Kerajaan yang lebih baik pada PRU 13 nanti.


Kenapa Aku Di Sini?