Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, November 5, 2009

Kes Nizar (PR) VS Zambry (BN)




Perbicaraan kes Nizar lawan Zambry baru bermula dengan penghakiman akan dibuat oleh panel 5 orang hakim.Datuk Ambiga sedang berhujah mewakili DS Nizar.

Suasana di sana tenang, dengan kehadiran para penyokong serta YB Pakatan Rakyat iaitu YB Lih Kang, YB Ming Kai, YB Zainuddin, YB Tai, dan YB Datuk Ngeh. Sementara di kem UMNO masih belum kelihatan YB-YB serta para penyokong mereka.

Mahkamah hanya cuma membenarkan 5 orang hakim daripada 11 yang diminta oleh DS.Nizar. Presiden Hakim Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff mengetuai 5 orang hakim iaitu, Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria, hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Mahkamah yang bersidang hari ini dijangka akan mentafsirkan beberapa perkara, antaranya ialah
1. Kuasa Perkara 16(6) Undang-undang tubuh negeri Perak.
2. Kuasa sultan untuk tentukan seseorang menteri besar masih layak menjadi MB walaupun tidak melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan.
3.Kuasa seorang sultan melalui perkara 16 (6) Undang-undang tubuh negeri Perak sama ada boleh memecat MB atau tidak.

Sekarang sedang short break, dengan para hakim sedang membuat semakan susulan rayuan ketua barisan pegum DS Nizar, Datok Ambiga supaya membenarkan penghakiman dibuat oleh 11 orang hakim. Walaubagaimanapun hakim menolak rayuan tersebut dan mengekalan jumlah 5 hakim. Sekarang, peguam Sulaiman Abdullah sedang berhujah mengganti Datuk Ambiga.


Ketua Panel Peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah sedang memberikan penghujahannya. Tadi mahkamah short break 15 minit kerana peguam Nizar, Suleimen Abdullah dikhabarkan tidak sihat. Walaubagaimanapun Mahkamah telah sambung semula.

Hakim bertegas agar perbicaraan untuk menentukan siapa sebenar MB Perak hendaklah diselesaikan hari ini juga. Di sebalik bertegas untuk menyelesaikan perbicaraan hari ini, namun dilaporkan bahawa hakim ambil endah tak endah dengan apa yang dihujahkan oleh peguam Nizar, Sulaiman Abdullah. Agaknya Sulaiman tampil dengan hujahan yang sama.

Mahkamah berhenti rehat, hakim tetap mahu habiskan bicara hari ini walaupun masa sudah melewati petang. Hakim seperti nak tak nak dengar penghujahan dari peguam Nizar. Tadi mahkamah selesai rehat. Dan peguam Sulaiman Abdullah yang menganggotai baris peguam Nizar sudah balik kerana sesi beliau sudah tamat.

MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin terus berada di Mahkamah Persekutuan sejak beliau hadir disini dari jam 9.10 pagi tadi. Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Phatail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya. Peguam pencelah, Ghani Phatail baru saja menghabiskan hujah singkatnya dan sekarang ini diteruskan oleh peguam yang mewakili Zambry.

Mahkamah berehenti rehat lagi. Peguam Zambry, Cecil Abraham belum habis menyampaikan hujahnya namun sidang ditangguhkan sebentar. Mungkinkah keputusan tidak diumumkan pada hari ini, itulah persoalan yang mungkin sukar di jawab, namun jangkaan demikian kerana masa semakin suntuk sedangkan peguam yang mewakili Zambry belum habis berhujah.

Perbicaraan bersejarah menentukan siapakah MB Perak yang sah disambung kembali. Peguam Zambry baru sebentar tadi menghabiskan hujahnya dan diteruskan dengan penggulungan oleh salah seorang dari peguam DS. Nizar.

Peguam DS.Nizar membaca surat-surat yang dihantar kepada Istana dan Peguam Negara. Peguam yang mewakili DS.Nizar dalam sesi penggulungan yang masih berlangsung membaca beberapa surat yang dikirim antaranya pada 5 Februari yang memohon Sultan Perak menangguhkan upacara angkat sumpah Zambry sehingga kedudukan MB yang sah ditentukan oleh mahkamah atau Persidangan DUN Perak yang dipohon diadakan secepat mungkin pada masa itu. Peguam DS Nizar baru menghabiskan penggulungan sebentar tadi.

Perbicaraan ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?