Lupakan seketika tentang harapan pembubaran DUN Perak kerana semalam perbicaraan kes Rayuan Menteri Besar Perak ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Saya difahamkan Makhamah Persekutuan menangguhkan keputusan kerana kesuntukan masa untuk penal hakim mengumunkan keputusan, semalam ketika jam telah menunjukan pukul 5.30 petang peguam yang mewakili Zambry masih belum habis berhujah.
Tidak mengapalah itu adalah proses makhamah, kita semua tahu bukan mudah sebuah makhamah itu ingin menbuat keputusan. Namun tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk menbuat analisa peribadi tentang penangguhan keputusan ini dan harapan pembubaran DUN. Tertapi, saya ingin memaklumamkan kepada semua rakan yang berada di luar kawasan Bukit Gantang bahawa ketika ini Bukit Gantang sedang musim buah.
Di kesempatan ini, saya menyeru semua anak muda Bukit Gantang khasnya dan warga Malaysia amnya untuk balik atau berziarah dan menikmati buah-buahan dari Bukit Gantang.
Muhamad Faisal Zainal
Kg Sungai Petai.
No comments:
Post a Comment