Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban


Monday, November 23, 2009

Kes Liwat 2



Hari ini jalan ke Mahkamah Jalan Duta sesak lagi.Tapi tidaklah sesesak sebutan kali pertama kes liwat 2.Tiada FRU dan polis pun tidak ramai. Kelihatan ADUN-ADUN, MP-MP serta pimpinan Pakatan Rakyat di lobi mahkamah.


Dalam perjalanan ke mahkamah tadi kelihatan banner-banner dengan kata-kata sinis tanpa fakta digantung di merata tempat. Jumlahnya banyak berbanding sebutan lalu. Banner-banner ini dapat mula dilihat di Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan bertambah banyak menghampiri mahkamah.

Keputusan kes dijangka diketahui tengah hari ini.

Sunday, November 22, 2009

Atok Engkau


Ramai orang marah, akibat dari perbuatan hang, masa mula-mula dulu pegawai khas hang permah telepon aku dan cuba mewajarkan perbuatan hang. Dia kawan hang mesti bela hang, kalu tak dia siapa lagi. Dia kata hang buat tu sebab ada orang dalam cabang yang tikam hang dari belakang dan hang lampat sebab nak selamatkan orang melayu.

Dah setahun dah. Tapi sampai la aku tak dibuktikan tuduhan hang, jenuh aku korek dan aku tanya apa salah Nizar dan apa salah ketua cabang, tapi lagi dalam aku korek lagi bersalah hang pada rakyat.

Antara paling kuat tuduhan hang adalah Nizar ni kuda DAP sebab bagi tanah kat cina. Salah ka bagi tanah kat orang yang berhak walaupun dia bukan melayu?

Lani hang tengok sendiri. bacala sendiri http://loveperak.blogspot.com/2009/11/apa-hang-buat-ni-zambry-oi.html

Apa lagi yang hang nak buktikan? Yang terbukti hang dah kaya.

Siapla kalu berani jawab soalan ni semua http://atokengkau.blogspot.com/

Friday, November 20, 2009

Siputeh, Behrang, C Jering & Jelapang-Kesnya Serupa

Tulisan saya dengan tajuk DUN Kota Siputeh, Kedah Kosong di bawah adalah berkaitan. Sehari selepas mahkamah tinggi mengarahkan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN tersebut, BN dan parti komponennya SPR mengemukakan rayuan dan dijangka keputusan samada DUN itu kosong atau tidak akan diketahui hari ini.


Apapun sebab DUN Kota Siputeh kosong tak begitu penting, tetapi yang perlu difaham adalah kuasa speaker DUN.



Telah difahami apa yang berlaku di dalam DUN tidak boleh dicabar oleh mahkamah, apatah lagi keputusan yang telah dibuat oleh speaker. Sepatutnya jika Rukun Negara “Kedaulatan Undang-undang” diamalkan oleh BN, maka tiada masalah di DUN Kota Siputeh dan perkara yang sama di 3 DUN di Perak.



Keputusan hari ini untuk DUN Kota Siputeh akan menjadi contoh (President) kes-kes lain di masa akan datang.



Jika DUN Kota Siputeh diisytihar kosong hari ini. Maka keputusan 3 DUN di Perak ikut amalan undang-undang juga akan kosong. (Untuk rekod permohonan Sivakumar belum diputuskan mahkamah).



Anak muda Bukit Gantang, tak perlu saya ingatkan, DUN Changkat Jering di Bukit Gantang adalah salah satu dari 3 DUN tersebut.



Melihat persediaan BN di DUN Changkat Jering yang di tulis sisibukit. Ada kemungkinan yang besar DUN Kota Siputeh akan diishtihar kosong dan kesan domino kepada kita di Bukit Gantang.



Bersedialah.

Monday, November 16, 2009

DUN Kota Siputeh, Kedah Kosong

Hari ini Mahkamah Tinggi telah mumutuskan bahawa DUN Kota Siputeh kosong.

DUN Kota Siputeh sebelum ini diwakili oleh ADUN BN Datuk Abu Hassan Sarif. Kekosongan ini adalah berikutan kegagalan beliau untuk hadir tanpa sebab pada persidangan DUN secara berturut-turut.

Datuk Abu Hassan Sarif mengalahkan calun PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti 495 undi.

Datuk Abu Hassan Sarif 8160
Ismail Wan Teh 7665
Rosak 278

Thursday, November 12, 2009

Cari Perbezaan 2 Gambar

Bagi pendokong Pakatan Rakyat, kita telah sedia maklum Utusan Malaysia adalah agen propoganda untuk BN. Malah Pakatan Rakyat telah pun berkempen membaikot akhbar ini.

Sebelum ini tulisan mereka jelas memberikan gambaran yang mengelirukan terhadap pembangkang Malaysia. Selama ini sukar dibuktikan pemesongan fakta yang dibuat mereka kerana ia hanyalah tulisan.


Tidak lama dulu pernah dipertikaikan sekeping gambar yang memberi gambaran rakyat begitu ramai memberi sambutan kepada perdana Menteri Malaysia ke 4 yang mana disyaki jumlah yang hadir itu sebenarnya di super impose. Pada waktu itu tiada gambar lain untuk kita buat perbandingan. Tak apalah itu.


Cuba lihat gambar ini pula. Bagaimana Utusan cuba membohongi pembaca akhbar mereka. Kali ini bandingan boleh dibuat dengan Berita Harian yang dirakam di lokasi yang sama hampir waktu yang sama.


Isunya mungkin remeh. Tapi bukankah ini bukti Utusan akan melakukan apa saja untuk memberikan gambaran baik kepada BN, sehingga gambar pun di super impose.


Bagi mereka yang masih mempercayai Utusan, lihatlah bukti di depan mata ini dan baru beberapa hari akhbar Utusan dan Berita Harian yang menyiarkan gambar ini. Lihatlan sendiri jika masih ragu.


Percayalah nanti akan ada gambar dalam akhbar itu yang menunjukkan Anwar sedang meliwat Saiful.

 Gambar disiarkan akhbar Berita Harian




Gambar disiarkan akhbar Utusan Malaysia

Lelaki warga emas berusia 70-an dibawa oleh dua anggota polis selepas beliau didakwa menikam isterinya, Zabedah Ali, 73, di perut sehingga menyebabkan kematian wanita itu (mayatnya ditutup dengan kain di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

Monday, November 9, 2009

Kalau tak suka sila Keluar - Anwar

"Saya dukacita mengenangkan pengorbanan ramai rakan yang berhempas-pulas memenangkan mereka sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

"Namun akhirnya mereka telah memilih jalan untuk mengkhianati amanah rakyat. Ini merupakan satu pengajaran buat kami,".

ANWAR IBRAHIM

Menggilap Harapan Rakyat



“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.”

Petikan ayat ke-88 dari Surah Hud di atas menjadi pembuka kata Perisytiharan Permatang Pauh yang telah sama-sama kita lafazkan pada tanggal 12 September 1998.

Agenda Reformasi yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hari ini bukanlah untuk menyanjung dua tiga kerat pimpinan yang dipilih tetapi untuk mengangkat harapan rakyat yang dahagakan perubahan.

Bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat”, Konvensyen Negeri di Pulau Pinang memulakan siri konvensyen negeri KeADILan di seluruh negara.

Saya membawa ingatan semua yang hadir agar kembali kepada Perisytiharan Permatang Pauh akan dasar dan asas perjuangan Reformasi yang telah kita mulakan lebih 10 tahun dulu.

Komitmen dan kesetiaan kita kepada asas prinsip perjuangan parti kita – yang berjuang dengan gagasan Ketuanan Rakyat dan keadilan sejagat serta mendukung cita-cita negara bangsa Malaysia yang berbilang bangsa dan agama – harus digarap dan dihadam oleh setiap pimpinan dan aktivis parti.

Saya juga dengan tegas memberikan amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal untuk patuh pada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkir.

Turut diingatkan tentang tipu daya parti pemerintah yang begitu ghairah melaungkan slogan 1 Malaysia – kononnya membela rakyat seluruhnya tetapi hakikatnya masih terus membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan perbelanjaan yang makin parah, sistem kehakiman yang nazak menanti ajal dan kezaliman serta salahguna kuasa yang terus menekan kehidupan rakyat.

Hak rakyat di negeri-negeri Pakatan terus dinafikan. 1 Malaysia hanyalah sekadar slogan lunak dan enak bak madu namun di dalamnya terlarut racun bisa yang busuk, jijik dan meloyakan.

Saya menyeru seluruh pimpinan untuk sama-sama mengembleng tenaga dan upaya untuk terus komited dan setia dalam perjuangan Reformasi ini.

Semangat perjuangan baru perlu terus dicari. Anak muda mesti berani untuk terus melawan rasuah dan salahguna kuasa. Wanita srikandi Reformasi perlu bersungguh meraih sokongan dan menyampaikan mesej perjuangan yang kita bawa. Reformasi harus terus!

Di akhir pidato, saya lontarkan pantun ini buat hadirin:

Telur tembakul disimpan rapi,
Sekian lama sudah kempunan;
Akan kuredah lautan api,
Asal rakyat memberi perkenan.

ANWAR IBRAHIM


Sunday, November 8, 2009

Jawatankuasa Kerja Majlis Pimpinan Negeri Perak yang baru

Pengerusi Perhubungan Negeri : Mustaffa Kamil Ayub
Tmbalan Pengerusi Perhubungan Negeri: Dr. Lee Boon Chye

Naib Pengerusi Perhubungan Negeri: Madzi Hasan, Chang Lih Kang dan Kesavan Subramaniam

Ketua Angkatan Muda Keadilan: Abd Yunus Jamahri
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan: Chan Ming Kai

Ketua Wanita Keadilan: Fathmawati Salim
Timbalan Ketua Wanita Keadilan: Noriah Nordin

Setiausaha: Anuar Zakaria
Timbalan Setiausaha: Zainal Abidin Alias

Bendahari: Tai Sing Ng
Timbalan Bendahari : Dato’ Dr. Yap Yit Thong

Ketua Penerangan: Zulkifly Ibrahim
Timbalan Ketua Penerangan: Hazha Hawalid

Ketua Whip DUN Perak : Chan Ming Kai
Timbalan Ketua Whip DUN Perak: Kesavan Subramaniam

Ahli MPN :
Haji Mhd Supian B Nordin
Haji Hamzah Bin Mohd Zain
Hj Mohamad Aun Bin Yob Abas
Alias Zenon
Leong Tuck Kuan
Fauzi Muda
Chun Weng Sum
Haji Ahmad Shaarani Bin Abdul Khalid
Ridzuan Bani
Haji Yahya Bin Othman
Mohamad Azman Marjohan
Robert Ngo Chin Peng
Hj Usaili Alias
Abdul Rahman Bin Uda Mat Isa

Biro Politik
Ketua Biro Politik : Mustaffa Kamil Ayub
Ketua Biro Pilihan Raya : Ismail Yusop
Ketua Biro Latihan : Abd Rahim Sabli
Ketua Biro Strategi: Mohd Nasib Rahin
Ketua Biro Keusahawanan : Mohsin Fadzli Haji Samsuri
Ketua Biro Ekonomi: Dato’ Dr. Yap Yip Thong
Ketua Biro Pembangunan Industri: Tai Sing Ng
Ketua Biro Integrasi : Thina Garan
Ketua Biro Keahlian : Chang Lih Kang
Ketua Biro Orang Asli: Arsian
Ketua Biro Guaman dan Undang2: Baldip Singh
Ketua Biro Pertanian & Perladangan : Dato’ Dr. Shanmugan
Ketua Biro Kesihatan: Dr. Subramaniam.
Ketua Biro Pengurusan dan Komunikasi: Anuar Zakaria
Ketua Biro Agama dan Pendidikan : Hj.Suwardi Hj.Sapuan
Ketua Biro Pembangunan Perdesaan : Haji Abdul Hamid Ali
Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna : Madzi Hasan
Ketua Biro Kebajikan: Mashirah Md Yusof
Ketua Biro Kebudayaan & Sukan: Muzaffar Shah Khairuddin
Ketua Biro Kerajaan Tempatan: Liow Yong Lih
Ketua Biro Antarabangsa : Wendy
Ketua Biro Pembangunan & Perlancongan : Suzana Manja
Ketua Biro NGO: Ng Mun Yin

Juga, Mustaffa Kamil Ayub, Dr. Lee Boon Chye, Dr. Mohamad Nur Manuty, dan Sdr Nordin Mahmud dilantik. Penyelaras Panel Perunding bagi Sains & Teknologi, Tanah, Pengangkutan Awam dan Isu-Isu Utama.

Promo Syarahan Perdana Anwar Ibrahim

Syarahan Perdana Anwar Ibrahim sempena ulang tahun Keadilan ke 10 dan peramian pejabat baru Keadilan Perak yang akan diadakan pada 14hb Nov 2009. 9 malam di Medan Istana 5, Ipoh Raya, Ipoh Perak (Berhampiran Bangunan SUK Perak).

Friday, November 6, 2009

Bagaimana Sukarnya Menjadi Pemimpin


Banyak filem dan siri TV yang mengambarkan dan mungkin boleh diambil contoh untuk kita menjadi pemimpin dan membuat keputusan terbaik.


Diakui cerita-cerita ini berat, susah untuk faham jalan jeritanya. Sesetengan orang amat berpandangan ia membosankan.


Mudah untuk saya nyatakan apa yang saya mahu anda faham dalam bentuk point, tapi bukankah "Spoon feed" itu tidak elok.


Bukan semua ciri-ciri pempimpin itu dipaparkan dalam siri ini, walau apapun ia adalah permulaan. Maka tontonlah siri ini dan belajarlah bagaimana untuk memimpin.


http://www.youtube.com/watch?v=-d5lpaI0aXk

Musim Buah-Buahan Di Bukit Gantang

Lupakan seketika tentang harapan pembubaran DUN Perak kerana semalam perbicaraan kes Rayuan Menteri Besar Perak ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Saya difahamkan Makhamah Persekutuan menangguhkan keputusan kerana kesuntukan masa untuk penal hakim mengumunkan keputusan, semalam ketika jam telah menunjukan pukul 5.30 petang peguam yang mewakili Zambry masih belum habis berhujah.


Tidak mengapalah itu adalah proses makhamah, kita semua tahu bukan mudah sebuah makhamah itu ingin menbuat keputusan. Namun tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk menbuat analisa peribadi tentang penangguhan keputusan ini dan harapan pembubaran DUN. Tertapi, saya ingin memaklumamkan kepada semua rakan yang berada di luar kawasan Bukit Gantang bahawa ketika ini Bukit Gantang sedang musim buah.



Di kesempatan ini, saya menyeru semua anak muda Bukit Gantang khasnya dan  warga Malaysia amnya untuk balik atau berziarah  dan menikmati buah-buahan dari Bukit Gantang.


Muhamad Faisal Zainal
Kg Sungai Petai.

Kebakaran di Changkat Jering

Kebakaran yang berlaku di rumah En Ahmad Tarmizi bin Mohd Isa, di Chankat Jering, kira-kira jam 9.00  malam tadi memusnahkan keseluruhan rumah pusaka peninggalan arwah bapa beliau.

Semasa kejadian En Tarmizi tiada di rumah dan beliau bergegas balik setelah dimaklumkan melalui telefon.

Semasa kejadian ibu, kakak, anak dan pembantu rumah berada di rumah dan diselamatkan oleh kiran-jiran.

Ibu dan kakak En Tarmizi kedua-duanya uzur dan tidak mempu untuk menyelamatkan diri sendiri manakala anak beliau sedang tidur. "Mujurlah ada jiran dan pembantu rumah menyelamatkan mereka" kata En Tarmizi.


Keadilan Cabang Bukit Gantang mewakilkan Majer Latip dan Khairul untuk memberi sumbangan awal berupa keperluan dapur kepada mangsa.

Sumbangan ditaja oleh ADUN Kuala Sepetang En Tai Sing Ng.

Ceramah Umum


Slide 1
YB Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

YB Dr Lee Boon Chye
Ahli Parlimen Gopeng

7hb Nov 2009- 9 Malam 

Di Batu 20, Batu Kurau Perak
(Bersebelahan Masjid Batu 20)

Anjuran:
Dewan Pemuda PAS &
Angkatan Muda Keadilan Larut


Thursday, November 5, 2009

Kes Nizar (PR) VS Zambry (BN)




Perbicaraan kes Nizar lawan Zambry baru bermula dengan penghakiman akan dibuat oleh panel 5 orang hakim.Datuk Ambiga sedang berhujah mewakili DS Nizar.

Suasana di sana tenang, dengan kehadiran para penyokong serta YB Pakatan Rakyat iaitu YB Lih Kang, YB Ming Kai, YB Zainuddin, YB Tai, dan YB Datuk Ngeh. Sementara di kem UMNO masih belum kelihatan YB-YB serta para penyokong mereka.

Mahkamah hanya cuma membenarkan 5 orang hakim daripada 11 yang diminta oleh DS.Nizar. Presiden Hakim Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff mengetuai 5 orang hakim iaitu, Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria, hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Mahkamah yang bersidang hari ini dijangka akan mentafsirkan beberapa perkara, antaranya ialah
1. Kuasa Perkara 16(6) Undang-undang tubuh negeri Perak.
2. Kuasa sultan untuk tentukan seseorang menteri besar masih layak menjadi MB walaupun tidak melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan.
3.Kuasa seorang sultan melalui perkara 16 (6) Undang-undang tubuh negeri Perak sama ada boleh memecat MB atau tidak.

Sekarang sedang short break, dengan para hakim sedang membuat semakan susulan rayuan ketua barisan pegum DS Nizar, Datok Ambiga supaya membenarkan penghakiman dibuat oleh 11 orang hakim. Walaubagaimanapun hakim menolak rayuan tersebut dan mengekalan jumlah 5 hakim. Sekarang, peguam Sulaiman Abdullah sedang berhujah mengganti Datuk Ambiga.


Ketua Panel Peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah sedang memberikan penghujahannya. Tadi mahkamah short break 15 minit kerana peguam Nizar, Suleimen Abdullah dikhabarkan tidak sihat. Walaubagaimanapun Mahkamah telah sambung semula.

Hakim bertegas agar perbicaraan untuk menentukan siapa sebenar MB Perak hendaklah diselesaikan hari ini juga. Di sebalik bertegas untuk menyelesaikan perbicaraan hari ini, namun dilaporkan bahawa hakim ambil endah tak endah dengan apa yang dihujahkan oleh peguam Nizar, Sulaiman Abdullah. Agaknya Sulaiman tampil dengan hujahan yang sama.

Mahkamah berhenti rehat, hakim tetap mahu habiskan bicara hari ini walaupun masa sudah melewati petang. Hakim seperti nak tak nak dengar penghujahan dari peguam Nizar. Tadi mahkamah selesai rehat. Dan peguam Sulaiman Abdullah yang menganggotai baris peguam Nizar sudah balik kerana sesi beliau sudah tamat.

MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin terus berada di Mahkamah Persekutuan sejak beliau hadir disini dari jam 9.10 pagi tadi. Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Phatail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya. Peguam pencelah, Ghani Phatail baru saja menghabiskan hujah singkatnya dan sekarang ini diteruskan oleh peguam yang mewakili Zambry.

Mahkamah berehenti rehat lagi. Peguam Zambry, Cecil Abraham belum habis menyampaikan hujahnya namun sidang ditangguhkan sebentar. Mungkinkah keputusan tidak diumumkan pada hari ini, itulah persoalan yang mungkin sukar di jawab, namun jangkaan demikian kerana masa semakin suntuk sedangkan peguam yang mewakili Zambry belum habis berhujah.

Perbicaraan bersejarah menentukan siapakah MB Perak yang sah disambung kembali. Peguam Zambry baru sebentar tadi menghabiskan hujahnya dan diteruskan dengan penggulungan oleh salah seorang dari peguam DS. Nizar.

Peguam DS.Nizar membaca surat-surat yang dihantar kepada Istana dan Peguam Negara. Peguam yang mewakili DS.Nizar dalam sesi penggulungan yang masih berlangsung membaca beberapa surat yang dikirim antaranya pada 5 Februari yang memohon Sultan Perak menangguhkan upacara angkat sumpah Zambry sehingga kedudukan MB yang sah ditentukan oleh mahkamah atau Persidangan DUN Perak yang dipohon diadakan secepat mungkin pada masa itu. Peguam DS Nizar baru menghabiskan penggulungan sebentar tadi.

Perbicaraan ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


Keputusan Nizar VS Zambri pada 5hb Nov 2009. Nizar akan mengadap sultan apabila keputusan berpihak kepadanya dan memohon pembubaran DUN.

Tuesday, November 3, 2009

Kes Bicara Ketua Kampung Perak.

Hari ini adalah hari terakhir perbicaraan kes 816 orang ketua kampung Perak yang menyaman Menteri Besar (Zambry) atas pemecatan mereka. Ketua kampung di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah dipilih oleh penduduk kampung melalui sistem pilihan raya, satu amalan yang telah lama tidak digunakan oleh BN walaupun ia ternyata tercatat dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Penggulungan kes oleh peguam cara dan bela tamat tengahari tadi dan menurut Ketua Kampung Larut Tin (DUN Changkat Jering) En Bad Ali Bin Md. Noor, harapan untuk menang adalah tinggi.

Walau bagaimanapun seperti biasa mahkamah akan mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan keputusan penghakiman. Pada kebiasaannya ia memakan masa 1 hingga 2 minggu.

Bagi kes ini hakim telah menangguhkan keputusan kepada 1hb Dis 2009.

Kesan dari keputusan kes ini akan memberi gambaran samada Zambry adalah Menteri Besar yang sah atau haram di mata perundangan Malaysia.

Kes Dato Seri Anwar Ibrahim Hari Ini


Kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim Hari yang disebut di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan kepada 23hb Nov 2009 bagi membolehkan pihak pembelaan membuat penghujahan untuk menggugurkan pertuduhan.

Hadir sama semasa pendengaran kes hari ini Presiden Parti Keadilan
Rakyat Dato Seri Wan Azizah, YB Tiab Chua, YB Sivarasa, Chua Jui Ming, beberapa pimpinan parti dan penyokong.

Pada sidang akhbar di tingkat 5 mahkamah yang sama, Saiful (Pengadu) yang hadir bersama bapanya dan peguam menyatakan kekesalan kerana kes beliau telah ditangguhkan lebih dari 1 1/2 tahun dan beliau telah bersedia untuk kes ini diteruskan.

Di luar mahkamah pula terpampang beberapa benar yang menyokong Saifuldan dipasang di tempat tumpuan orang awam. (Banyak benar sponser
Saiful).

Kenapa Aku Di Sini?