Hari yang ditunggu dah tiba dan keputusan yang diumumkan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim Hakim Mahkamah Tinggi sebentar tadi memihak kepada YB MP Nizar. Bersorak dan riuh di dalam Mahkamah Jalan Duta hari ni, ramai benar yang berwajah ceria.
Ramai yang akan berkata bahawa mahkamah membuat keputusan yang adil tapi bagi aku, ini hanya satu proses biasa yang buktinya terlalu nyata berpihak kepada Nizar. “Beyond reasonable doubt” kalau tidak kes ni boleh ke Zamry.
Ular di SUK
Dah tahu keputusannya MB Nizar adalah MB sah Perak. Melihat apa yang berlaku di sidang DUN 7 Mei lalu, MB Nizar dan barisan exconya perlu mengambil tindakan tegas kepada semua ular-ular yang masih banyak di SUK.
Nyata dan telah terbukti ular-ular ini akan memastikan MB Nizar tidak kekal lama. Seharusnya pimpinan Pakatan Rakyat telah ada formula untuk diambil kepada ular-ular. Nak pecat pun boleh jika mahu.
Zalim bunyinya, tetapi bukankah kita telah memberi peluang kepada mereka untuk berubah.. Tapi mereka dengan nyata memusuhi kita.
Undi Tak Percaya
Kini BN telah melantik speaker baru. Walaupun Nizar diputuskan mahkamah sebagai MB yang sah BN boleh buat undi tak percaya kepada Nizar pada Sidang DUN akan datang.
Memang kita sedar, speaker haram tu tak terlantik pada 7 Mei lepas. Kita tahu BN akan gunakan Speaker haram untuk memenangkan usul tidak percaya mereka. Sebelum ini berlaku, Nizar dan Exconya perlu bertindak segera melenyapkan ular-ular di SUK, jika tidak kejadian undang-undang rimba akan berulang dan kita akan gigit jari lagi.
Khairul Azman
Saudara Khairul,
ReplyDeleteSetuju benar dengan cadangan saudara. Bila orang tidak menghormati kita, bukan sekali tetapi berkali-kali, ini tidak boleh dibiarkan. Atau akan timbul fitnah yang kita ini dayus. Saya tidak gusar dengan undi tidak percaya, kerana berpendapat yang speaker 7 may adalah haram. Ketetapan mahkamah hari ini memberi ketetapan tidak langsung yang persidangan bawah pokok adalah sah, begitu juga semua resolusi yang dibuat dalam persidangan tersebut, termasuk pergantungan Zambry, para Exconya, dan 3 ekor katak itu. Merekan tidak cukup undi majority untuk mengundi tidak percaya terhadap YB Nizar. Lawan tetap lawan. Bukan masa untuk giveaway atas dasar perhemahan kerana rakyat. This is politics, and your job is to play politics. Once you giveaway, they will swallow you, especially your ex-party, Umno jahanam yang memalukan orang melayu.