Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, February 17, 2010

Firaun ditegur dengan berhemah

Asiah Binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepi sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun telah memerintahkan rakyatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut apabila dewasa akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahannya.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

Firaun memerintah pengawalnya membunuh bayi itu. sebelum perintah itu dilaksanakan Asiah berkata kepada Firaun.

"Kita tidak mempunyai anak lelaki  dan ia dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.

"Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti", Asiah menghalang niat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

Firaun akur dengan permintaan isterinya dan Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Firaun yang betulpun boleh bertukar niatnya jika ditegur dengan berhemah-Apa sangat firaun kecil (jika ada).

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?