Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, February 3, 2010

PILIHANRAYA PERAK ????

Pilihanraya Negeri Perak semakin hampir? Betul ke??? Itu yang  menjadi persoalan di merata tempat yang menyaksikan semakin hari rakyat di Perak semakin meluat dengan pertikaman siapa MB yang sah.

 Ada yang bertanya pada aku,dan aku secara yakin menjawab bahawa DUN di Perak akan dibubarkan sedikit masa lagi.Mungkin selepas mahkamah mengumumkan keputusan yang telah tertangguh selama 3 bulan lebih.

  Ini disebabkan dari penglihatan gerak kerja yang UMNgOk lakukan di sekitar Parlimen Bukit Gantang.Dan aku menjadi semakin yakin apabila semalam aku berkesempatan untuk ke Ceramah Setahun Kerjaan KUDETA yang dianjurkan oleh PAS Kawasan di Markaz PAS Kg. Larut Tin.

 Aku pun tak tunggu sampai MB PR berucap.Cuma dari segi semakan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan akan berlaku PRK bagi negeri Perak atau setidak-tidaknya untuk DUN Changkat Jering.

 Kalau difikirkan logik,mana ada SPR mengeluarkan semakan daftar pengundi yang telah dipamerkan di setiap Pejabat Daerah dan Pejabat Pos pada awal tahun ini, kerana ianya baharu sahaja dikeluarkan. Apatah lagi dengan kehadiran Pengerusi SPR mengadap TUANKU Sultan Perak.

  Ini semua menunjukkan UMNgOk sememangnya membuat perancangan untuk mengembalikan sokongan terhadap mereka.Jangan pula lupa apa yang telah dipaparkan oleh MSK tentang masalah pengundi di setiap DUN.Ada yang telah mengundi untuk DUN lain pada PRU/PRK yang lepas,bila disemak semula nama mereka telah berada di DUN yang lain pula,samada dekat atau jauh sahaja.

  Dalam cakap-cakap kedai kopi yag sempat aku memasang telinga,ada yang mengatakan YB Ir.Hj.Nizar menang dalam kes SIAPA MB YANG SAH, tetapi pada aku keputusan yang membabitkan manusia ini akan berubah dari masa ke semasa.Jadi sebelum mahkamah mengumumkan keputusan tersebut,aku berharap agar semua rakyat baik di Perak dan Malaysia amnya untuk berdoa agar keputusan menyebelahi Pakatan Rakyat pada 9hb Februari ini.

 Dan andai benar lah keputusan menyebelahi kita, kita perlu bekerja keras menumbangkan kerajaan KUDETA pada pilihanraya yang akan menjelma tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?