Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, February 8, 2010

Politik Malaysia Yang ... 2

Esok 9hb Feb 10 menjadi detik penentuan kepada episod duka di Perak samada PR akan menang atau kalah dalam peperangan politik di Negara Malaysia Yang 'tercinta.'

Telah menjadi amalan dalam setiap perbicaraan di mahkamah negara kita bahawasanya keputusan telah pun diketahui sebelum bermulanya persidangan terhadap sesuatu kes, terutama kes-kes yang melibatkan kepentingan terhadap parti UBN ataupun musuh politiknya.

Walau apapun keputusan yang telah didengari disetiap kedai kopi, aku masih menunggu keputusan yang sahih dari mahkamah esok. Andai lah perkarangan mahkamah esok dipenuhi oleh juak-juak UBN, maka janganlah kita sebagai pendokong kerajaan yang sah berasa kecewa sangat dengan keputusan yang bakal diumumkan, kerana pasti nya juak-juak UBN ini telah mengetahuinya terlebih dahulu keputusan tersebut.

Apa yang menyebabkan aku berfikir macam tu sekali? Cuba ingat kembali sewaktu DS Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah, di manakah juak-juak UBN ini? Tidak nampak pun kelibat mereka apatah lagi MB HARAM.Tetapi andai katalah doa rakyat Perak dimakbulkan,jangan lah pula kita lupa bagaimana juak-juak UBN ini memanupulasi mahkamah rayuan pula.

Ini semua hanyalah satu skrip yang diolah semula oleh pimpinan Najib yang menginginkan supaya kita sebagai pendokong kerajaan yang sah supaya leka dengan strategi UBN itu sendiri. Kita harus bersiap siaga terhadap sebarang keputusan selagi DUN PERAK tidak dibubarkan.

Ya kita sememangnya mahukan pembubaran DUN di Perak kerana kita menginginkan kerajaan yang stabil untuk memanyungi rakyat di negeri Perak.Esok lah bakal penentu segalanya.
 

Kajian Merdeka Centre menunjukkan tahap keyakinan rakyat Perak terhadap halatuju negeri.

Aku akan cuba untuk mendapatkan maklumat dari mahkamah seawal jam 8 sekiranya tiada masalah. Dan esok aku berharap agar kita beramai-ramai memenuhi perkarangan mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap MB Halal DS Ir. Hj. Nizar bagi membolehkan PRK Negeri diadakan secepat yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?