Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, February 8, 2010

Mengakar Merimbun Bukit Gantang

5 program mendekatkan pimpinan Keadilan Bukit Gantang dengan rakyat telah dijalankan serentak di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Semua program bermula jam 8.00 pagi iaitu:

  • Gotong Royong di Matang Gelugur,
  • Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah di Kamunting Station,
  • Bengkel Penceramah di Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang,
  • Sumbangan Barangan Keperluan Dapur & Ang Pau di Kuala Sepetang dan
  • Sumbangan Barangan Keperluan Dapur oleh Wanita & Angkatan Muda Keadilan di Kamunting Station.
Manakala sebelah malamnya, Saudara Mustaffa Kamil Ayub-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak memberi tazkirah di Surau Taman Mewah, Kamunting Station.

Semua program ini memdapat sambutan yang amat menggalakan daripada masyarakat setempat. Angkatan Muda merakamkan ucapan tahniah kepada ketua-ketua ranting yang mengerakkan masyarakat dan dengan jayanya mengelola program.
 
YB Tai dan YDP PAS Ust Nordin bersama bergotong Royong Di Matang Gelugur
  
 
Pemeriksaan kesihatan-Mrs Tai dan YB Tai sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan

 
Blogger-PerakEx En Mat Saman Kati meyampaikan taklimat semasa Bengkel Latihan Penceramah yang diadakan di pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang

 
Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang bergabung tenaga dan dana meyampaikan sumbangan dan ang pau kepada penduduk kurang berkemanpuan di Kampung Baru Kuala Sepetang


Ketua AMK dan Ketua Wanita Keadilan meyampaikan sumbangan keperluan kepada orang kurang berkemampuan di sekitar Kamunting Station

 
 Saudara Mustaffa Kamil Ayub-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak memberi tazkirah di Surau Taman Mewah, Kamunting Station.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?