Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, October 30, 2009

Harapanku Anak Bukit Gantang

Tanggal 28hb October 2009 adalah satu lagi sejarah hitam telah berlaku dalam sejarah penubuhan negara Malaysia sejak 16hb September 1963. Sejarah hitam kali ini telah tercipta oleh kerana ketamakan kuasa pimpinan Barisan Nasional setelah rampasan Kerajaan Pakatan Rakyat pada Februari 2009.

Persidangan DUN kali telah dihina oleh gangguan pihak berkuasa demi kepentingan pimpinan Kerajaan Perak (BN) sekarang.

Demi kuasa, UMNO tergamak menyalahguna polis dengan melayan kesemua ADUN Pakatan Rakyat termasuk Speaker Sah V.Sivakumar seperti mafia ingin masuk Persidangan DUN. Kerana kuasa juga UMNO telah menghina Speaker Sah dengan bantuan polis untuk merampas jubah yang telah dipakai oleh Sivakumar.

Kita semua telah sedia maklum apa yang telah terjadi pada persidangan DUN pada 28hb Oktober lalu. Dimana kita semua telah melihat kebiadapan pihak berkuasa melayan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Secara peribadi, saya adalah salah seorang anak penduduk Kampung Sungai Petai, Changkat Jering berharap krisis politik negeri Perak ini akan berakhir secepat mungkin. Tiada jalan penyelesaian lain melainkan DUN Perak dibubarkan.

Namun, saya hairan mengapa MB Haram Zambry begitu sukar untuk membubarkan Dun? Sedangkan mereka mengatakan BN telah mendapat sokongan rakyat semula selepas Pilihanraya Bagan Pinang.

Pada saat ini, kita juga tahu bahawa Media Massa Pro-BN telah mewawarkan berita kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat sedang bergolak. Mereka mensensasi berita keretakan Pimpinan Pakatan Rakyat dengan beberapa isu seperti EGM Tok Guru, perletakan jawatan Naib Presiden Keadilan, dan terbaru pengistiharan keluar parti ADUN Pelabuhan Klang dari Keadilan.

Jikalau mereka sedang mensensasikan berita keretakan Pakatan Rakyat ini kepada umum melalui media massa, bermakna UMNO tahu bahawa Pakatan Rakyat sedang goyah dan mereka mengatakan BN kian kukuh.

Persoalannya disini, saya hairan mengapa DUN Perak masih tidak dibubarkan oleh Zambry jikalau mereka beranggapan bahawa Pakatan Rakyat sedang bergolak?
Disini kita dapat lihat perwatakan sebenar BN yang begitu pengecut untuk mengembalikan kuasa rakyat memilih Kerajaan Perak semula. Tertapi mereka begitu berani mengutuk dan memperlekehkan Pakatan Rakyat melalui media massa dengan beberapa isu keretakan Pakatan Rakyat. Inilah BN yang hanya banyak bercakap kononnya merekalah pembela rakyat tertapi sebenarnya merekalah bertanggunjawab menperbodohkan rakyat.

Kesimpulanya, saya amat berharap agar Pilihanraya Kecil Dun Perak diadakan secepat mungkin bagi menamatkan krisis politik Perak dan berharap rakyat memberi mandat semula kepada Pakatan Rakyat.

Muhamad Faisal Zainal

1 comment:

  1. sokong penuh kenyataan ini,cuma apa yang saya pelik apsal adun PR nie pergi gak pada waktu dan hari yang sama?Tak bolehkah pergi minggu depan?Sivakumar pun satu ,dah tau speaker Haram keluar surat tarikh28 Okt. Yang dia pun gatai kuar surat tarikh yang sama tu nak wat pa?Wat la ari lain baru rakyat dpt nilai ataupun tgu je tempoh enam bulan tamat. rakyat tetap akan cakap PR dh iktiraf Speaker haram. Susah ke?

    ReplyDelete

Kenapa Aku Di Sini?