Beberapa hari ini rakan-rakan saya di dalam perjuangan akan menerima kad ucapan Deppavali. Mungkin telah adapun yang menerimanya Ucapan kami sebelum ini ditujukan kepada umum khasnya kepada semua penganut hindu. Hanya beberapa penerima sahaja dikirimkan kad ucapan ini iaitu mereka telah menjadi ahli parti. Khas untuk perayaan ini-Deepavali.
Saya pernah melalui masa seperti penerima-penerima kad ini dan dari sini saya belajar tentang kehidupan. Waktu itu saya masih terlalu muda dan melihat dunia tanpa ada kepincangan. Saya meletak harapan penuh kepada pemimpin tanpa merasa curiga. Menerima apa saya yang diretorikkan dalam media arus perdana, sumber maklumat saya hanyalah itu. Tidak terdetik di dalam hati bahawa mereka menikam saya dari belakang jesteru itu saya memberi kepercaaan penuh dan mengundi mereka.
Kepada semua yang telah menandatangan borang keahlian, jangan ada di dalam hati terdetik bahawa aku menjadi ahli ini adalah untuk mendapat kepentingan, tidak dan sorry, kami di pimpinan tidak melayan detik-detik seperti ini di hati anda. Apa yang anda boleh harapkan adalah kepuasan membantu menegakkan kebenaran, membela mereka yang teraniaya. Lanjutnya membantu mencapai hasrat 17 perkara perjuangan parti.
Bermula menjadi ahli inilah saya dididik sehingga menjadi apa yang anda kenali pada diri saya lani. Saya tegaskan bahawa saya adalah orang yang paling lemah kiranya pada waktu saya mula menjadi ahli. Dari satu takat ke takat yang lebih baik saya dibimbing oleh rakan-rakan senior dan proses ini terus dan berlanjutan sehingga lani. Itu juga yang kami akan lakukan kepada semua ahli yang mempunyai cita-cita.
Obama juga tidak lahir hari ini hanya kerana bakatnya dan terus menjadi seorang pemimpin, beliau telah dididik oleh institusi parti yang mendokong beliau. Proses yang panjang ini berjalan kerana beliau seorang ahli.
Tidak semestinya untuk menjadi manusia yang berkualiti kita mesti menjadi ahli. Ada banyak cara lagi, tetapi belajar dari pengalaman hidup hanya akan diperoleh jika kita menempuh sesuatu keadaan. Jika kita tidak menjadi ahli, kepimpinan tidak akan memberi kepercayaan dan peluang kepada kita untuk melaksanakan tugas dan tanpa tugasan kita tidak mungkin memperoleh pengalaman.
Selama saya di dalam parti, tidak pernah lagi kepimpinan memberikan tugasan tanpa diberi tunjuk ajar terlebih dahulu. Benar sukar pada awalnya dan akhirnya "alah bisa menang biasa".
Ayuh anak-anak muda Bukit Gantang, mulakan dari lani, timbalah ilmu dan pengalaman untuk kita memberi harapan baru kepada bakal anak dan cucu. Jadilah ahli - Langkah pertama untuk itu.
Khairul Azman Bin Ahmad
No comments:
Post a Comment