Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, May 9, 2009

7 Mei 09 Penentu Kerajaan PAKATAN PERAK

Kurang 12 jam akan berlakunye persidangan dun yang terpenting pada abad ini.
Dan dalam tempoh yang kurang 24 jam menjelang tarikh penting itu, hampir 20 orang pemimpin, aktivis dan penyokong serta pendokong Pakatan Rakyat telah tangkap.

Apa yang akan berlaku esok? Adakah kita akan biarkan negara kita dirundum malang akibat perbuatan tidak bermoral kerajaan Amno-BN pada hari ini?

Bayangkan berkumpul melebihi 5 orang sekarang pun boleh ditangkap. Nak hantar memorandum kena tahan. Nak buat sembahyang hajat kena tahan. Kritik kerajaanpun kena hati-hati sebab kita mungkin ditahan. Apa lagi yang kita sebagai rakyat boleh harapkan dari kepimpinan Najib sebagai PM Malaysia?

Ramai dah tahu 7 Mei merupakan persidangan yang paling bermakna buat 'Kerajaan Haram' untuk 'merestui' tindakan mereka merampas Perak dari Pakatan.

Sekiranya persidangan tidak diadakan sehingga 13 Mei 2009, maka secara automatik kerajaan Perak tidak berjalan. Mungkin kita boleh mengharapkan ianya tidak menjadi kenyataan dan berharap agar DYMM Sultan Perak akan membubarkan DUN.

Saya masih menaruh keyakinan agar persidangan DUN pada esok tidak menjadi kenyataan, Kerana kita akan saksikan 'keberanian' Amno-BN untuk mempertahankan 'kerajaan Haram' dalam 'Perlawanan Demokrasi' samada hanya untuk Perak, Penanti di Pulau Pinang atau PRU 13 yang mungkin kurang dari 2 tahun dari sekarang.

Boleh atau tidak Amno-BN terus berkuasa, semuanya terletak pada rakyat. Ini disebabkan sekiranya Amno-BN masih berkuasa maka tiada gunanya DUN atau Parlimen ataupun dewan negara bersidang kerana semuanya hanya untuk mengikut syarat sahaja.
Sebabnya Amno-BN menggunakan mahkamah yang telah membuat keputusan semua hal yang berkaitan dengan rakyat. Mereka juga telah memperdayakan rakyat dengan siaran media mereka sendiri. Mereka juga tidak pedulikan rakyat. Mereka Sanggup buat apa sahaja untuk kepentingan mereka.

Apakah kerajaan beginikah yang kita nak sokong? Tepuk dada tanya selera. Marilah berdoa agar persidangan DUN Perak pada 7 Mei 2009 tidak menjadi untuk memberi pilihan kepada rakyat memilih kerajaan.

Azrin Irwan

Terbitan asal pada blog ini pada 6 Mei 2009

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?