Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, May 9, 2009

Kehangatan 7 Mei (2)

Aku pun tak tau nak kata apa lagi. Cuma aku sebagai rakyat Perak berasa bertuah kerana dalam 1 negeri ada 2 kerajaan.

1 Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat manakala 1 lagi kerajaan haram yang telah merampas Perak.

itu semua orang tau.

Tapi ada satu lagi kejutan dimana dalam satu dewan Undangan Negeri, ada 2 speaker. Mana ada kerajaan dalam dunia ada 2 speaker.

Setahu aku speaker hanya satu dan timbalan speaker 1. Sedih dengan nasib rakyat yang terkontang kanting untuk mengetahui mana 1 kerajaan negeri.

Sudah malu dengan kepimpinan Najib sebagai PM Malaysia, lagi malu aku bila satu dunia tahu di Malaysia tiada lagi sistem demokrasi yang adil.

Apakan tidak, pakai baju hitam sekarang pun boleh di tangkap. Ini bermakna kaum Tiong Hua yang kehilangan saudara disebabkan kematian pun aku rasa kena tukar colour baju untuk berkabung.

Sivakumar dibawa entah kemana hala tuju akibat kedegilan beliau untuk meneruskan persidangan hari ini. Raja Muda pertama kali dalam sejarah Perak terpaksa menunggu sehingga petang untuk perasmian sidang DUN.

Mungkin selepas ini tiada pilihanraya bagi Perak lagi. Apa yang boleh dipilih oleh rakyat Perak hanyalah wakil Parlimen sahaja. Kerana kalaupun berlaku pilihanraya negeri, Amno-BN tidak mempedulikan lagi kehendak rakyat. Janji, mereka yang akan menerajui negeri.

Itulah kehendak Amno-BN untuk memporak-perandakan negeri dan rakyat. Hari ini sahaja hampir kesemua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang hadir untuk menyaksikan peristiwa penting tidak dibenarkan masuk ke perkarangan Bangunan SUK, apatah lagi masuk kedewan.

MP Ampang, MP Parit Buntar, Adun Teratai dari Selangor dan ramai lagi di tangkap berhampiran bangunan SUK. Di mana lagi demokrasi apabila hak rakyat untuk berhimpun disekat.

Apakah salah sekiranya Tuanku Raja Muda membubarkan DUN Perak? Mungkin kejadian seperti tumbuk menumbuk, rampas-merampas tidak akan berlaku.

Aku masih mengharapkan agar persidangan ini tidak sah dan berharap agar mahkamah yang memutuskan siapa MB yang sah pada Isnin ini akan berlaku adil. Aku tidak mahu perkara yang dulu berlaku lagi.

Dan ingatlah perjuangan yang mementingkan diri sendiri akan hancur tidak lama lagi.

Kepada YB-YB PR dan penyokong serta pendokong perjuangan yang adil, Tuhan akan sentiasa bersama kita.

Azrin Irwan

Terbitan asal pada blog ini pada 7 Mei 2009

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?