Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Sunday, May 31, 2009

Kempen Tandangan Bubarkan DUN Dan Kembalikan Kuasa Rakyat


Tarikh: 1hb Jun 2009 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Sepetang, TT6/26A Jalan Pertama
34650 Kuala Sepetang. Tel 05-8581945

Kempen ini akan berjalan serentak di kesemua 59 kawasan DUN dalam negeri. Sila datang beramai-ramai memberi sokongan dan solidariti anda!

pengunpulan tandatangan juga dibuat di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (Molek) pada waktu pejabat dan semua wakil-wakil dari Pakatan Rakyat.

KEMPEN SUARA HATI RAKYAT PERAK


WANITA PAKATAN RAKYAT

Kempen ini dilakukan atas beberapa faktor iaitu:

1- Rampasan kuasa oleh Umno-BN di Negeri Perak dengan cara kotor dan jijik.

2. Kekecohan memalukan yang telah berlaku dalam sidang DUN pada 7 Mei 2009 di mana kedurjanaan politik Umno-BN telah disaksikan seluruh pelusuk dunia.

3- Institusi Raja telah tersepit di atas sikap politik durjana Umno-BN di mana Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah terpaksa menunggu selama 5 jam bagi istiadat perasmian persidangan DUN Perak.

4- Pada 11 Mei 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang SAH selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

5- Mengembalikan kepercayaan rakyat di Perak khususnya terhadap Institusi Raja serta Perlembagaan Negara.

Memorandum akan dipersembahkan kepada Dull Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bersama tandatangan-tandatangan rakyat.

Krisis Speaker-Lima Tindakan Speaker DUN, Sah Atau Tidak?


Thursday, May 21, 2009

KES 8 ORANG AMK(GENG KERANDA)

Aku namakan Geng Keranda kepada 8 orang AMK yang ditahan sewaktu PRK Bkt Gantang aritu.

Sepatutnya tempoh jaminan polis tamat pada hari ini, iaitu sebulan selepas tempoh lanjutan jaminan dikenakan. Dan apa yang berlaku pada sebelah pagi tadi, tiada kelibat barisan peguam pendakwa berada di Mahkamah Tinggi Taiping untuk sebutan kes.

Geng Keranda telah sampai pada pukul 8.30am ditemani sekumpulan penyokong dan juga ADUN Kuala Kurau untuk memberi sokongan kepada mereka. Seperti biasa Geng keranda ini perlu melapor diri untuk sebutan kes. Tetapi difahamkan kemudian kes ini belum didaftarkan oleh pihak berkuasa.

Jam 9.30am mereka secara beramai-ramai ke IPD Taiping untuk mengetahui tindakan yang akan diambil. Selepas ke IPD, jurucakap bagi Geng keranda, Yusri dari AMK Lumut telah mebuat kenyataan bahawa kes ini akan dibincangkan oleh OCPD Taiping dan peguam pembela. Dan buat masa ini, tiada tindakan mahupun tempoh lanjutan jaminan dikenakan terhadap Geng Keranda tersebut.

Apa yang berlaku di Mahkamah Taiping dan IPD Taiping, mengesahkan tiada bukti yang kukuh untuk kes ini.D alam satu sidang media yang ringkas,ADUN Kuala Kurau, YB Yunus meminta pihak yang berkuasa mempercepatkan pendakwaan terhadap Geng Keranda atau dibebas dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.

Aku secara peribadi memohon ampun kerana lambat update blog berkenaan kes ini akibat tiada kemudahan wi-fi disekitar kompleks Mahkamah Taiping.

AZRIN IRWAN

Wednesday, May 20, 2009

RAMALAN ESOK 21/5/09

Esok akan terjawablah samada mahkamah bebas atau tidak. Samada permohonan Nizar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Apa yang aku boleh ramalkan secara peribadi, Nizar akan menang esok, dan Zambry akan membuat persidangan DUN Khas untuk membolehkan UBN mengusulkan undi tak percaya pada Nizar dlam tempoh kurang 24jam selepas keputusan.

Tetapi bagi pihak PR pula, aku rasa NIzar patut terus menghadap Sultan Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan. Untuk tujuan itu, Nizar wajib menghadap Tuanku Sultan sebaik sahaja keputusan diumumkan.Itupun kalau Nizar menang.

Andai mahkamah memenangkan Zambry,maka tidak ada pilihanraya selagi Najib tidak umumkan pembubaran Parlimen dan rakyat Perak akan terus menderita serta mempertikaikan setiap keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan haram UBN.

Sidang DUN juga perlu dijalankan dalam tempoh yang terdekat untuk menstabilkan semula ekonomi di Perak ini. Tetapi selagi pusingan 2 ini tidak diputuskan oleh mahkamah, maka DUN tidak akan bersidang seterusnya menjadi penyebab ekonomi di Perak akan jatuh dan tak mustahil aku katakan Perak akan jadi negeri yang termundur di Malaysia.

Apapun seperti semua sedia maklum, pembubaran DUN adalah jalan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Esok aku akan update blog ini dari mahkamah Taiping untuk kes 8 orang AMK yang ditahan sewaktu PRK Bukit Gantang aritu. Dan aku sedaya upaya akan update keputusan antar Nizar vs Zambry. Insyaallah!!!!!

Dan ini yang baru aku terima sms dari ketua AMK Bahagian aku. Esok di mahkamah Putrajaya jam 9am akan berlangsunglah kes rayuan DSAI vs Kerajaan Pusat-Cabar keputusan pemecatan sebagai TPM tahun 1998 di mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Monday, May 18, 2009

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohamad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihanraya umum ke-12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

SUMBER : MALAYSIAKINI

LAPORAN POLIS

Jangan panik!!! Ini ialah laporan polis terhadap apa yang telah berlaku pada 7 Mei 09 yang lalu.

Kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang membuat laporan polis dengan merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V. Sivakumar di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak,yang beralamat 48, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya 30000 Ipoh Perak.

Dalam laporan tersebut, YB V. Sivakumar telah dikasari oleh beberapa orang yang tidak diketahui identitinya(mereka tidak beruniform dan tidak memakai pas) di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Dalam perkara ini, kumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher YB V. Sivakumar dan membawanya secara kasar keluar dari Dewan Undangan Negeri tersebut.

Selain itu, dalam laporannya beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak juga mengalami kecederaan serta baju istiadat mereka dikoyak akibat kekerasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya termasuk ADUN Pasir Pinji (YB Thomas Su), ADUN Pasir Bedamar (YB Seah Leong Peng), ADUN Teja (YB Chang Lih Kang), ADUN Simpang Pulai(YB Chan Min Kai), dan ADUN Canning (YB Wong Kah Woh).

Adalah juga didapati bahawa ADUN Jelapang Puan Hee Yit Foong telah menggunakan alat pemediah mata lada menyembur mata ADUN Aulong YB Yaw Tian Woh, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Kejadianyang tersebut diatas telah dibuat laporan polis oleh YB V. Sivakumar di IPD Ipoh pada 8hb Mei 2009, jam kira-kira 11.30 pagi.

Kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang menggesa satu siasatan polis yang adil dan saksama harus dijalankan terhadap laporan ini demi menjaga kemuliaan Dewan Undangan Negeri Perak di samping memelihara Perlembagaan Negeri dan Negara ini.

Sekian laporan saya.

Khairul Azman Bin Ahmad
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Bukit Gantang.

**laporan ini telah dibuat oleh AMK Bukit Gantang pada 10hb Mei 09.Ia lambat disiarkan kerana lpaoran ini baru diserahkan pada saya untuk disiarkan di dalam blog kami. Harap Maklum.

UBN MEMANG PENGECUT

Apsal tajuk ganas? Ye la sebab dalam kul 7.15pm tadi mesyuarat pimpinan tertinggi UBN telah mengisytiharkan mereka memang pengecut sebab tak tanding dalam PRK Penanti pada 31/5/09.

Ianya akan menjadi sejarah yang buruk pada UBN sekiranya mereka masih tidak mahu bertanding kerana semua PRU dan PRK yang lepas mereka bertanding. Ianya kemungkinan mereka takut untuk berhadapan dengan rakyat baik di Penanti ataupun di Perak.

Ini kerana mereka tidak mahu menjawab isu-isu yang akan dibangkitkan di Penanti berkenaan isu Rampasan Kuasa di Perak. Jadi aku rasa UBN juga tidak akan membenarkan DS Nizar menang di mahkamah Rayuan Khamis ini.

Ini sedikit sebanyak menghalang DS Nizar untuk menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan Kebawah Duli untuk membubarkan DUN Perak. Dan terjawab lah sudah bagaimana Malaysia akan dipimpin oleh seorang pengecut sampai lah PRU yang entah bila akan terjadi.

Untuk mengelakkan pandangan rakyat terhadap keputusan mereka, UBN yang di kepalai oleh Najib akan mengeluarkan kenyataan terhadap pembaziran PRK kerana ia adalah salahlaku pimpinan PKR.

Jadi apa pula pandangan korang tentang keputusan UBN ini?

MUNAJAT & KESYUKURAN

Hari ini aku dapat sms dari s/usaha bahagian. Ada munajat & kesyukuran bersama Dr. ustaz Badrul Amin.

TARIKH : 21/5/09 (KHAMIS)
MASA : 7 MALAM
TEMPAT : SURAU TAMAN MEWAH KAMUNTING

Eloklah tu sebab dalam waktu yang sama di kawasan Bukit Gantang dan Taiping akan ada peristiwa menentukan 8 orang AMK yang ditahan sewaktu PRK Bukit Gantang aritu akan naik mahkamah.

Tu pun kalau pihak yang menangkap mereka tu dah daftar kes kat mahkamah. Kalau tidak jaminan mereka akan dilanjutkan lagi la kot. Sebab nya mereka ni bawak keranda untuk ALtantuya sewaktu hari pembuangan undi.Bukan setakat keranda, gmabar Najib n Bininya pun ada selain gambar Altantuya.

Selain di mahkamah Taiping kat Putrajaya pun ada lagi peristiwa paling bermakna untuk rakyat negeri Perak. Samada Nizar menang lagi atau sistem kehakiman memang tidak bebas.Itu yang rakyat akan menilai sejauh mana kepimpinan Najib. Tetapi aku rasa, sekiranya kita menang pun, sistem kehakiman memang tak boleh bebas di bawah kerajaan pusat UBN.

Jadi kepada semua penyokong atau pendokong PR, moh le kita berkumpul di mahkamah Taiping pada jam 8.30am untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Seterusnya kita akan bermunajat pula bersama Dr. Badrul Amin sebelum kita berangkat ke Penanti.

Saturday, May 16, 2009

Apa Khabar Kapten Osman?


Masa menunggu masuk waktu sembahyang Jumaat di Mesjid Air Puteh dalam Dun Kuala Sepetang semalam aku teringat Kapten Osman.

Apa khabar dia sekarang, Lama benar tak dapat berita dari dia. SMS tak talipun pun tak, tapi aku taula aku ni sapa. Aku pun taknak ada apa-apa hububungan dengan dia lani walaupun satu ketika dulu memang kawan baik.

Kami pernah sama-sama pergi kursus untuk memantapkan ilmu politik di Janda Baik, itu bagi aku paling istimewa, sebab kami sama-sama terima amanah untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat. Dah arwahpun Omar Tan, yang banyak mengajar kita tentang kesetiaan. Kapten boleh masak lagi ke resepi nasi ayam hainan yang arwah bagi masa tu?

Hari ni Kapten sembahyang jumaat kat mana? Pelik juga sebab kalu Kapten pi mana-mana mesti ada orang report. Tapi tak dak pun orang report pasai sembahyang jumaat. Atau Kapten lani pi mesjid pakai cermin mata hitam dan berselendang-Alhamdulillah. Ingat Kapten yang wajib tak boleh tinggal, aku ingatkan ja lepas tu Kapten kena jawab sendirila.

Lama juga Kapten tak balik kawasan. Macam mana Kapten uruskan DUN. Takkan harapkan pegawai-pegawai khasja. Masa Kapten dalam Pakatan Rakyat dulu aku yang selalu bantu pegawai-pegawai khas Kapten untuk buat program. Lani Kapten dan pegawai-pegawai khas Kapten buat program apa? Senyap je. Makan gaji buta dan makam elaun ADUN buta pun tak elok jugak.

Aku tak taulah berapa banyak masalah rakyat yang telah dikendalikan oleh pejabat Kapten, tapi kami di Pejabat Keadilan Rakyat Molek dah belambak kes diterima untuk kawasan Kapten. Kenapa mereka ni tak pi jumpa Kapten? Kan Kapten masih wakil rakyat di sana? Tak elok Kapten tak ada di kawasan selalu, pengundi Kapten nak juga mengadu hal. Ceritala sikit kenapa Kapten jarang balik ni.

Dengan cerita masa Kapten balik mengundi hari tu, Kapten dibuat orang. Tu la Kapten, elok-elok orang sanjung dah jadi lagu tu. Elok-elok ramai kawan dah hilang kawan dan dapat kawan barupun bukan macam yang lama. Ingat Kapten kawan masa susah dulu banyak yang kecik hati kat Kapten. Mungkin Kapten ramai kawan la, tapi tu semua kawan nak mengampu ja kut?

Lepas jumaat aku ziarah office lama, saja nak eratkan silaturahim dengan kawan-kawan. Kebetulan jumpa dengan pegawai khas Kapten. Sebab dia pun kawan aku kenalah teguq. Rupanya Kaptenla di Sarawak, buat apa pi sana Kapten? Aku taula Kapten banyak kenalan di Sarawak masa kempen pilihanraya Sarawak dulu. Depa nak ka jumpa Kapten?

Yang leganya bila pegawai khas Kapten maklumkan yang Kapten sihat, okla jangan tensen sangat nanti masuk Hospital Sg Buluh lagi.

Dari sembang dengan pegawai khas Kapten tu konfiden je dia kata DUN Perak tak akan bubar. Kapten dan pegawai khas Kapten dah banyak sangat dengar cakap orang BN, tu yang dah terikut cara depa bercakap. Aku ingat Kapten dah teruk sangat kena brain wash ni. Apa kata Kapten pi baca artikal-artikal dalam blog alternatif. Kut boleh waras sikit pertimbangan.

Ramai yang tak boleh terima Kapten kalu Kapten balik kepada Pakatan Rakyat. Itu fakta dan DSAI sendiri meletakkan syarat kena letak jawatan ADUN jika Kapten nak balik.

Tapi kalu akulah, aku tak sangup jadi kera sumbang di kampung aku sendiri, mana tak, kenduri orang tak jemput, nak pi pasar pun takut, hidup tak serupa oranglah pendek kata. Tu yang selalu pi jauh-jauh kut?

Yang paling aku risau kut umur pendek, tak dak sapa nak uruskan jenazah. Iangat Kapten yang ada kemahiran buat kerja urus jenazah ni kebanyakannya orang PAS ja. Yang lain mai tolong tengok bolehla.

Kalaulah Kapten letak jawatan ADUN sekurang-kurangnya adalah kalu tak banyak sikit yang boleh terima Kapten balik. Bolehla kut menghabiskan masa yang ada di kampung sendiri. Macam masa bukan jadi ADUN dulu. Ye dak?

Khairul Azman

Friday, May 15, 2009

IKLAN UNTUK PROGRAM

Hari ini aku tak nak bercerita mengenai krisis yang berlaku di Perak.

Apa aku nak cerita ialah mengenai tarikh 21 Mei 09. Apa akan berlaku pada tarikh tersebut?Ingatkah pada 8 orang AMK yang ditangkap sewaktu PRK Bukit Gantang?

Ya mereka samada akan dilanjutkan tempoh jaminan lagi atau mungkin terus dibicarakan di mahkamah. Seperti yang berlaku pada 21 April ialah tempoh jaminan mereka dilanjutkan.

Selepas itu pada 24 Mei 09 ada lagi satu perkara yang paling dinantikan oleh seluruh rakyat di DUN Penanti iaitu hari Penamaan Calon bagi PRK Penanti yang dijadualkan pada 31 Mei 09.

Apa yang aku harapkan ialah kita semua beramai-ramai ke Mahkamah Taiping pada 21 Mei 09 dan seterusnya kita akan beramai-ramai ke Penanti untuk Penamaan Calon seterusnya berkempen untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat iaitu DR Mansor.

Ayuh beramai-ramai bertemu di Mahkamah Taiping.

Thursday, May 14, 2009

"TIDAK PERLU PILIHANRAYA DI PERAK"

"Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, kata mantan perdana menteri.

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat."

Artikel dari Malaysiakini yang sempat aku baca hari ini.

Ianya telah diketahui sebelum kenyataan ini dibuat lagi bahawasanya UBN memang takut menghadapi pilihanraya di Perak.Ianya berbeza pula dengan kenyataan Najib yang mengatakan mereka akan berdepan rakyat sekiranya perlu.

Tetapi bagi Najib ianya perlulah mengikut peraturan dalam Dewan dan diluar Dewan.

Wekkkk!!!! Kan aku dah termuntah dengan kenyataan Najib. Agaknya kita nie kena berbahasa Mongolia kot supaya Najib senang paham bahawa rakyat di Perak khususnya dan Malaysia amnya memang mahu pilihanraya untuk mengatasi krisis di Perak.

Apa punya bangang le PM Malaysia ni. Macam nie ke jadi PM Malaysia. Baik jadi PM Mongolia pun bagus. hahahaha

Percaya lah wahai Najib alangkah bagusnya kalau UBN tak takut dengan rakyat, pilihanraya negeri juga yang kami nak. Dan kami juga nakkan supaya sewaktu tempoh pilihanraya negeri dijalankan, kami mahu askar dibawah YDP Agung mengambilalih kerja-kerja yang dilakukan oleh parti kompenen UBN yang ke berapa aku pun taktau, ukannya pihak polis.

Cukuplah dengan tingkahlaku anggota polis yang ada sebahagian cukup berat kearah hangpa... OK Najib?

Wednesday, May 13, 2009

KENAPALAH BN SENTIASA TAK FAHAM SEDANGKAN INI AMALAN MEREKA

Apabila Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum untuk parlimen, dengan sendirinya semua jawatan menteri-menteri tergugur.



Menjadi kebiasaan kepada kita apabila Dewan Rakyat dibubar, bapak-bapak menteri tanpa segan silu masih menggunakan jentera kerajaan. Ini selalu kita lihat di sepanjang pilihan raya umum.



Bahawa kita tidak sedar, mereka pada waktu itu bukan lagi ahli parlimen atau menteri, malangnya berlagak sepertinya malah menyalah guna kuasa dan jentera kerajaan.



Pernah waktu tempoh berkempen Negara India, Gandi telah mengarahkan seorang kakitangan rendah untuk memperbetulkan mikrofon untuk beliau berucap dan pembangkang pada waktu itu telah mendakwa Gandi menyalahguna kuasa dan Gandi tewas. Sehingga sekecil itu kesalahan pun berat bagi mereka yang mendaulatkan undang-undang.



Lihat jika pada waktu dimana belum ditentukan ketua kerajaan, ketua kerajaan sebelumnya hanyalah sebagai penjaga kepada kerajaan dan menjalankan polisi yang telah ditetapkan. Tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan peribadi, apatah lagi membuat polisi baru.



Skop Perak, siapakan yang patut menjadi pemegang amanah diwaktu mahkamah rayuan masih belum membuat keputusan? siapa sebenarnya ketua kerajaan? Jika Mahkamah tidak memenangkan Nizar tentulah Zamri (Zamri memang bukan MB) menjadi penjaga kepada kerajaan Perak. Walaupun hanya beberapa jam disahkan Nizar adalah MB Perak yang sah, beliau tetap adalah MB yang sebelumnya dan selayaknya beliaulah yang menjadi penjaga kepada kerajaan Perak sehingga mahkamah rayuan membuat keputusan.



Kenapalah BN sentia tak faham sedangkan ini amalan mereka?

HARI INI DALAM SEJARAH

Tahun 1969 menyaksikan peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia.Tak payah nak aku bagitau dengan terperinci, semua sudah ketahui.

Dalam era yang semakin maju,dalam keadaan ekonomi yang meleset pada ketika ini, perlukah sejarah tersebut berulang di Perak?

Pada aku, ianya tidak perlu sekiranya Najib ikhlas dalam menangani krisis politik di Perak.Kerana makin hari keadaan di Perak makin gila.Satu-satunya jalan ialah melalui Pembubaran DUN.

Tetapi semalam bila aku keluar ke bandar, aku rasa negara kita sedang menuju kearah 'kuku besi'. Mengapa? Sebab sepanjang pemerintahan PR belum ada pihak berkuasa membuat sekatan tanpa sebarang alasan yang kukuh.Berbanding semalam bila mahkamah sekali lagi menyebabkan krisis Perak berlanjutan,pihak berkuasa seakan-akan ingin membanteras kebebasan rakyat.

Melakukan sekatan seperti semalam yang pada aku hanya untuk menakutkan rakyat.Membiarkan kesesakan sepanjang lebih kurang 2km.Bukankah ianya menyusahkan rakyat?Atau mungkinkah Najib sedang merancang sesuatu untuk mengulangi sejarah hitam yang lalu?

Nampaknya politik di Malaysia hanyalah untuk golongan yang terlalu inginkan kepentingan peribadi diutamakan.Ini akan menyebabkan kita tidak akan ingat slogan yang dilaungkan 'SATU MALAYSIA' oleh Najib. Kita hanya akan memperingati 'ONE BLACK MALAYSIA' sahaja selain bebrapa sejarah yang baru tercipta akibat ketamakan kuasa oleh puak-puak UBN.

Semoga pada tarikh 13 Mei 1969 tidak akan berlaku lagi.

Tuesday, May 12, 2009

ADUH PENING KEPALA LAGI RAKYAT PERAK

Ramai pula rakyat masih bertanya sudah bebas ke sistem kehakiman di negara kita atau kita sebenarnya kembali ke arah pemerintahan kuku besi yang pernah diamalkan oleh Tun Mahathir.

Mengapa perkara ini terjadi?Mungkin semalam mahkamah tinggi ingin memberi 'gula-gula' kepada penyokong pakatan rakyat.Atau ianya sememangnya di rancang lebih awal oleh kepimpinan Najib.

Benarlah artikel di beberapa blog yang menyatakan bahawasanya Najib tidak mahu kerjasama terjalin antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Baru 7 jam ambil alih dah kena keluar pulak Kerajaan Pakatan Rakyat dari Bangunan SUK di Ipoh.Ini semua gara-gara 3 ADUN yang hanya menjaga kepentingan mereka dan bukanlah tujuan mereka untuk menjaga kepentingan rakyat.

Aku sebolehnya tidak mahu bercakap mengenai pengkhianat lagi,cuma apabila keadaan sudah semakin tidak tentu arah seperti hari ini,terpikir jugalah siapa yang menyebabkan ini berlaku.

Bayangkanlah kalau kita perlu tukar kerajaan setiap hari,apa pula yang akan dihadapi oleh rakyat berkenaan ekonomi? Dalam keadaan ramai rakyat yang telah kehilangan kerja,krisis ini tidak dapat membantu rakyat lagi.

Dan dalam banyak blog setelah keputusan oleh mahkamah rayuan,aku kira artikel di blog cyberboron walaupun aku bersetuju pilihanraya adalah mandatory untuk Perak.Kerana walaupun kita telah dizalimi sebegitu lama masih lagi ada segelintir rakyat terutamanya penyokong UBN masih bangang jugak.

Apa yang mereka tahu bahawa kerana UBN lah negara kita mencapai kemerdekaan. Politik sebegini wajib kita kuburkan setidak-tidaknya dalam PRU-13,itupun jika UBN laksanakan.

Satu cara lagi yang aku rasa kita boleh buat ialah dengan mengadakan demonstrasi di setiap pelusuk negara.Kerana cara ini mungkin menyebabkan DYMM Tuanku Sultan atau Agung mengarahkan supaya DUN dibubar semula.

Ampun Tuanku Beribu Ampun Patik dan sekalian rakyat sudah cukup menderita akibat krisis ini. Janganlah lagi diperpanjangkan.Perkenankan lah permintaan sekalian rakyat untuk dibubarkan DUN seberapa segera yang boleh.

KAMI INGIN KUBURKAN UBN DI NEGERI PERAK!!!!!!!!!!
DAULAT TUANKU!!!!!!!!!!

MENANTI KEPUTUSAN ISTANA

Setelah kita berasa lega dengan keputusan mahkamah semalam,hari ini kita terus berdebar menantikan pula keputusan dari istana.

Kini DS Nizar sedang menghadap Tuanku di Istana Iskandar Kuala Kangsar.UBN pula telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Manakala Pasukan Polis Antirusuhan juga sedang meninggalkan Bangunan SUK di Ipoh.

Apa yang kita harapkan dari Istana? Ya kita mengharapakan agar Istana memperkenankan pembubaran DUN seperti yang semua rakyatmahu.Kembalikan Hak Rakyat.

Kita seharusnya tidak mahu Perak yang ketika ini masih lagi berada dalam keadaan terumbang-ambing berterusan.Cukuplah penderitaan yang telah diberikan oleh 'Kerajaan Haram UBN' selama tiga bulan ini.

Ampun Tuanku beribu ampun,sembah patik harapdiampun.Patik dan sekelian rakyat Tuanku memohon agar DUN dibubarkan segera bagi mengelakkan dari krisis ini berpanjangan.Cukuplah penderitaan patik dan sekelian rakyat Tuanku menderita akibat krisis ini,Ampun Tuanku beribu-ribu Ampun.

SETELAH HURU-HARA, NAJIB NAK CARI JALAN PENYELESAIAN

Berita semalam dan hari ini banyak meyentuh kenyataan PM meminta rakyat jangan panik. Begitu juga ulasan dari Zambry. Seterusnya PM akan mencari jalan penyelesaian untuk kemelut di Perak.


Geli hati bila membaca blog-blog blogernetwork yang meminta PM pula jangan penik.


Yang menarik bagi aku adalah kenyataan PM iaitu “akan mencari jalan penyelesaian”.


Setelah begini lama baru beliau terfikir untuk mencari jalan penyelesaian.

Setelah dah huru-hara pentadbiran Perak dibuatnya.

Setelah segala undang-undang dicabuli.

Setelah Dewan Undangan Negeri dihina.

Setelah nama baik PM sendiri yang telah tercalar di calarkan lagi.

Setelah Malaysia menerima pandangan buruk oleh warga luar.

Setelah ..........................................macam-macam lah.


Tapi apa jalan penyelesaian yang nak diutarakan kepada Perak. Aku tak percaya one Malaysia boleh menyelesaikan masalah ini.


Najib, nyatakan apa jalan penyelesaian itu?


Bagi Pakatan Rakyat, sejak mula lagi kita telah mempunyai jalan penyelesaian. “The only way out” Bubar DUN. Setuju tak Najib?

Khairul Azman

Monday, May 11, 2009

Nizar Menang-Ular di SUK

Hari yang ditunggu dah tiba dan keputusan yang diumumkan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim Hakim Mahkamah Tinggi sebentar tadi memihak kepada YB MP Nizar. Bersorak dan riuh di dalam Mahkamah Jalan Duta hari ni, ramai benar yang berwajah ceria.



Ramai yang akan berkata bahawa mahkamah membuat keputusan yang adil tapi bagi aku, ini hanya satu proses biasa yang buktinya terlalu nyata berpihak kepada Nizar. “Beyond reasonable doubt” kalau tidak kes ni boleh ke Zamry.



Ular di SUK


Dah tahu keputusannya MB Nizar adalah MB sah Perak. Melihat apa yang berlaku di sidang DUN 7 Mei lalu, MB Nizar dan barisan exconya perlu mengambil tindakan tegas kepada semua ular-ular yang masih banyak di SUK.



Nyata dan telah terbukti ular-ular ini akan memastikan MB Nizar tidak kekal lama. Seharusnya pimpinan Pakatan Rakyat telah ada formula untuk diambil kepada ular-ular. Nak pecat pun boleh jika mahu.



Zalim bunyinya, tetapi bukankah kita telah memberi peluang kepada mereka untuk berubah.. Tapi mereka dengan nyata memusuhi kita.



Undi Tak Percaya


Kini BN telah melantik speaker baru. Walaupun Nizar diputuskan mahkamah sebagai MB yang sah BN boleh buat undi tak percaya kepada Nizar pada Sidang DUN akan datang.



Memang kita sedar, speaker haram tu tak terlantik pada 7 Mei lepas. Kita tahu BN akan gunakan Speaker haram untuk memenangkan usul tidak percaya mereka. Sebelum ini berlaku, Nizar dan Exconya perlu bertindak segera melenyapkan ular-ular di SUK, jika tidak kejadian undang-undang rimba akan berulang dan kita akan gigit jari lagi.

Khairul Azman

Sah DS Nizar MB Perak

Akhirnya terjawab sudah siapa MB Perak yang sah. Walaupun lambat aku update blog, tetapi keseluruhan cerita pasti telah diketahui oleh seluruh dunia.

Setelah DS Nizar menjadi MB Perak yang sah,apakah tindakan selanjutnya untuk mempertahankan kerajaan yang sah? Pada aku sekarang ini DS Nizar perlu mengadap DYMM Sultan Perak untuk mempersembahkan pembubaran DUN supaya tiada lagi krisis yang akan menyebabkan kerajaan negeri terumbang-ambing lagi.

Kembalikan lah Hak rakyat yang dirampas oleh UBN walaupun Mahkamah Tinggi melalui Hakim ABDUL AZIZ menyatakan bahawa DS Nizar tidak pernah mendapat usul undi tak percaya pada sidang dewan negeri.

Ini pada aku untuk membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat tulus dan bersedia menerima walauapapun keputusan yang akan dibuat oleh rakyat kelak.

Dan pada rakyat, setelah kita melihat sendiri apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir Mohamad yang menganggap UBN terlalu gopoh untuk merampas negeri, ayuh kita kuburkan UBN yang terlalu bongkak di negeri Perak supaya tiada lagi pengacau bagi kerajaan yang adil lagi telus seperti Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kepada MB Haram bertandinglah di mana DS Nizar akan bertanding bagi membolehkan Rakyat memilih siapa lagi ikhlas membantu rakyat,dan janganlah menyembunyikan diri di balik pulau atau pun hutan setelah mahkamah mempengaruhi istana supaya jangan menerima kembali UBN seperti kamu.

TAKBIR!!!! REFORMASI!!!
HIDUP RAKYAT!!!!!!!!!!!!!

Azrin Irwan

Menanti Keputusan Mahkamah

Kurang 30 minit mahkamah akan memutuskan siapa MB Perak yang sah.Apa jua keputusan mahkamah seharusnya diterima dengan hati yang terbuka.

Tetapi dalam apa jua keputusan mahkamah ia nya akan memanjangkan lagi krisis politik di Perak.

Andai keputusan memihak kepada Zambry, maka kes ini mungkin akandilajutkan ke mahkamah rayuan oleh DS Nizar.

Apa yang akan terjadi kepada Perak? Semenjak krisis bermula, tiada satupun pelabur asing masukuntuk melabur di Perak. Ini menyebabkan ekonomi diPerak kian meruncing. Tiada aliran perniagaan yang kukuh untuk rakyat negeri Perak.

Boleh dikatakan semua glc dan sistem kerajan tempatan tidak berjalan. Apakah ini memberi petanda kepada PM untuk memberi laluan kepada PRU-13? Maka sepatutnya Najib membubarkan kerajaan pusat untuk memberi ruang rakyat memilih kerajaan yang lebih adil kepada rakyat.

Aku akan cuba update keputusan mahkamah dalam masa yang singkat.Itupun sekiranya perancangan yang sedang diatur berjaya.

Azrin Irwan

Saturday, May 9, 2009

TERKINI 8/05/09 : MENGAMBIL HATI RAKYAT


Pada jam 2.30pm tadi kerajaan telah mengumumkan pembebasan tahanan ISA.

Antara yang dibebaskan ialah P.Uthayakumar, M.Manoharan yang juga Adun Kota Alam Shah, Vasanta dan 10 yang lain.

Namun apakah dengan cara ini kemarahan rakyat dapat di sekat setelah Amno-BN merampas Perak dan menjadikan persidangan semalam seperti sarkas?

Semuanya terletak kepada rakyat sendiri.

Kehangatan 7 Mei

Masih terasa apa yang telah berlaku terhadap Dewan Undangan Negeri Perak semalam. Mungkin ramai tertanya bolehkah pihak polis campurtangan terhadap perjalanan sidang semalam.

Walaupun banyak media menyatakan bahawa kerajaan Pakatan telah tumbang di Perak, harus diingat bahawa perjalanan persidangan semalam masih tidak sah.

Mengapa? Mungkin aku salah seorang pejuang keadilan? Jawapannya bukan.

kalau diikutkan peraturan mesyuarat, persidangan semalam seharusnya didahului oleh perasmian yang dibuat oleh DYMM Pemangku Raja. Ia diikuti pula oleh Speaker yang sah iaitu Sivakumar meluluskan usul untuk memecat Beliau.

Sekiranya berjalan lancar, maka undi tidak percaya barulah boleh dibuat. Tetapi apa yang berlaku semalam adalah tidak sah.

Mana boleh jalankan sidang tanpa perasmian. Memang dasar Amno-BN memegang undang-undang sendiri. Semua yang dibuat adalah tidak betul.

Sudahlah merampas kerajaan melalui pintu belakang, buat pula persidangan yang belum dirasmikan lagi.lantik pulak speaker bukan dari kalangan Adun juga adalah tindakan yang salah dari segi undang-Undang tubuh negeri Perak.

Mungkinkah pilihanraya akan berlaku selepas Tuanku Raja Muda memanggil DS Nizar sebelum dan selepas persmian sidang semalam? Apa pula yang telah diperkatakan oleh Tuanku kepada DS Nizar , hanya DS Nizar sahaja yang boleh beri maklumat.

Kepada YB2 dan Speaker yang dilantik secara sah, perjuangan kita masih belum selesai.

Azrin Irwan

Terbitan asal pada blog ini pada 7 Mei 2009

Kehangatan 7 Mei (2)

Aku pun tak tau nak kata apa lagi. Cuma aku sebagai rakyat Perak berasa bertuah kerana dalam 1 negeri ada 2 kerajaan.

1 Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat manakala 1 lagi kerajaan haram yang telah merampas Perak.

itu semua orang tau.

Tapi ada satu lagi kejutan dimana dalam satu dewan Undangan Negeri, ada 2 speaker. Mana ada kerajaan dalam dunia ada 2 speaker.

Setahu aku speaker hanya satu dan timbalan speaker 1. Sedih dengan nasib rakyat yang terkontang kanting untuk mengetahui mana 1 kerajaan negeri.

Sudah malu dengan kepimpinan Najib sebagai PM Malaysia, lagi malu aku bila satu dunia tahu di Malaysia tiada lagi sistem demokrasi yang adil.

Apakan tidak, pakai baju hitam sekarang pun boleh di tangkap. Ini bermakna kaum Tiong Hua yang kehilangan saudara disebabkan kematian pun aku rasa kena tukar colour baju untuk berkabung.

Sivakumar dibawa entah kemana hala tuju akibat kedegilan beliau untuk meneruskan persidangan hari ini. Raja Muda pertama kali dalam sejarah Perak terpaksa menunggu sehingga petang untuk perasmian sidang DUN.

Mungkin selepas ini tiada pilihanraya bagi Perak lagi. Apa yang boleh dipilih oleh rakyat Perak hanyalah wakil Parlimen sahaja. Kerana kalaupun berlaku pilihanraya negeri, Amno-BN tidak mempedulikan lagi kehendak rakyat. Janji, mereka yang akan menerajui negeri.

Itulah kehendak Amno-BN untuk memporak-perandakan negeri dan rakyat. Hari ini sahaja hampir kesemua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang hadir untuk menyaksikan peristiwa penting tidak dibenarkan masuk ke perkarangan Bangunan SUK, apatah lagi masuk kedewan.

MP Ampang, MP Parit Buntar, Adun Teratai dari Selangor dan ramai lagi di tangkap berhampiran bangunan SUK. Di mana lagi demokrasi apabila hak rakyat untuk berhimpun disekat.

Apakah salah sekiranya Tuanku Raja Muda membubarkan DUN Perak? Mungkin kejadian seperti tumbuk menumbuk, rampas-merampas tidak akan berlaku.

Aku masih mengharapkan agar persidangan ini tidak sah dan berharap agar mahkamah yang memutuskan siapa MB yang sah pada Isnin ini akan berlaku adil. Aku tidak mahu perkara yang dulu berlaku lagi.

Dan ingatlah perjuangan yang mementingkan diri sendiri akan hancur tidak lama lagi.

Kepada YB-YB PR dan penyokong serta pendokong perjuangan yang adil, Tuhan akan sentiasa bersama kita.

Azrin Irwan

Terbitan asal pada blog ini pada 7 Mei 2009

DUN Perak Porak Peranda

Maaf le pasal lambat sangat update blog pada hari yang dianggap sejarah bagi rakyat negeri Perak.

Setakat jam 1.30 pm tadi aku dapat mesej mengatakan pihak polis telah masuk ke dalam dewan sebelum persidangan bermula semula pada jam 2.00pm.

Polis telah menarik Sivakumar untuk keluar dari dewan pada jam 2.56pm manakala beberapa Adun PR telah dipukul oleh petugas dewan.

Terbitan asal pada blog ini pada 7 Mei 2009

7 Mei 09 Penentu Kerajaan PAKATAN PERAK

Kurang 12 jam akan berlakunye persidangan dun yang terpenting pada abad ini.
Dan dalam tempoh yang kurang 24 jam menjelang tarikh penting itu, hampir 20 orang pemimpin, aktivis dan penyokong serta pendokong Pakatan Rakyat telah tangkap.

Apa yang akan berlaku esok? Adakah kita akan biarkan negara kita dirundum malang akibat perbuatan tidak bermoral kerajaan Amno-BN pada hari ini?

Bayangkan berkumpul melebihi 5 orang sekarang pun boleh ditangkap. Nak hantar memorandum kena tahan. Nak buat sembahyang hajat kena tahan. Kritik kerajaanpun kena hati-hati sebab kita mungkin ditahan. Apa lagi yang kita sebagai rakyat boleh harapkan dari kepimpinan Najib sebagai PM Malaysia?

Ramai dah tahu 7 Mei merupakan persidangan yang paling bermakna buat 'Kerajaan Haram' untuk 'merestui' tindakan mereka merampas Perak dari Pakatan.

Sekiranya persidangan tidak diadakan sehingga 13 Mei 2009, maka secara automatik kerajaan Perak tidak berjalan. Mungkin kita boleh mengharapkan ianya tidak menjadi kenyataan dan berharap agar DYMM Sultan Perak akan membubarkan DUN.

Saya masih menaruh keyakinan agar persidangan DUN pada esok tidak menjadi kenyataan, Kerana kita akan saksikan 'keberanian' Amno-BN untuk mempertahankan 'kerajaan Haram' dalam 'Perlawanan Demokrasi' samada hanya untuk Perak, Penanti di Pulau Pinang atau PRU 13 yang mungkin kurang dari 2 tahun dari sekarang.

Boleh atau tidak Amno-BN terus berkuasa, semuanya terletak pada rakyat. Ini disebabkan sekiranya Amno-BN masih berkuasa maka tiada gunanya DUN atau Parlimen ataupun dewan negara bersidang kerana semuanya hanya untuk mengikut syarat sahaja.
Sebabnya Amno-BN menggunakan mahkamah yang telah membuat keputusan semua hal yang berkaitan dengan rakyat. Mereka juga telah memperdayakan rakyat dengan siaran media mereka sendiri. Mereka juga tidak pedulikan rakyat. Mereka Sanggup buat apa sahaja untuk kepentingan mereka.

Apakah kerajaan beginikah yang kita nak sokong? Tepuk dada tanya selera. Marilah berdoa agar persidangan DUN Perak pada 7 Mei 2009 tidak menjadi untuk memberi pilihan kepada rakyat memilih kerajaan.

Azrin Irwan

Terbitan asal pada blog ini pada 6 Mei 2009

Sunday, May 3, 2009

Hj Mail calun DAP di Changkat Jering?

Sibuk dan tersebar di Trong dua tiga hari ni bahawa ketua bahagian Parti Keadilan Rakyat Bukit Gantang (Keadilan) akan menyertai DAP.

Berita macam ni tak perlu layan. Apa yang best sangat DAP berbanding keadilan yang setelah 10 tahun berjuang bersama-sama? Apa yang DAP ada dan keadilan tak ada?

Dikhabarkan Hj Ismail Yusof (Hj Mail) adalah pengkhianat bangsa melayu no wahid. Alamak ayat ni aku dah tau sapa yang mahsyurkan. Tapi kenapa pula dimahsyurkan dengan DAP. Dan peyampai berita memberi fakta. 18 kerusi DAP yang dimenangi pada Mac 8, satupun tiada dari bangsa melayu islam. DAP perlukan calun berkalibar untuk ditawarkan sebagai Menteri Besar Perak, sebab tu dimahsyurkan Hj Mail adalah pengkhianat bangsa melayu no wahid sepertimana banner yang dinaikkan pada PRK 059.

Diceritakan Hj Mail akan bertanding di DUN Changkat Jering-satu fakta yang salah. Mana mungkin jika Hj Mail keluar parti dan masuk DAP, keadilan akan serahkan kerusi DUN tersebut kepada DAP, itu kerusi keadilan, paling tidakpun diserah pulang kepada PAS.

Sudah-sudahlah mereka cerita-buat ceritapun fakta lari. Semua ahli handcore keadilan tersedia maklum Hj Mail telah memaklumkan sebelum dan selepas Mac 08 yang beliau tak mungkin menjadi calun pada apa-apa pilihan raya.

Apa-apapun kalaulah nak jadi Menteri Besar, melalui keadilanpun boleh. Memang dia layak. Tuan punya badan saja yang tak nak.

Friday, May 1, 2009

UMNO meludah ke langit


Menjadi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat untuk membela diri setelah difitnah oleh Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen di Parlimen Bukit Gantang (PRK 059) tempoh hari. Malah fitnah ini telah bermula sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak menganugerahkan hak milik tanah kepada rakyatnya.

Seperti yang sentiasa disalah faktakan, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hanya menganugerahkan tanah kepada bangsa cina sekaligus menganak tirikan bangsa melayu seterusnya menfitnah YAB MB Nizar sebagai boneka cina (DAP).

Setelah diberi fakta sebenar, jumlah anugerah tanah kepada bangsa cina tidaklah sebanyak mana berbanding pada waktu yang sama dianugerahkan kepada bangsa melayu dan India. Jumlahnya hampir sama banyak.

Namun begitu BN masih tidak berpuashati dan terus menerus menfitnah bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah dikudakan oleh DAP.

Bukankah menganugerahkan tanah yang luasnya kurang 1 ekar kepada penghuni sedia ada itu baik, tidak kiralah apa bangsanya asalkan mereka rakyat Perak?.

Tiba-tiba semasa tempoh kempen PRK 059 terkeluar surat dari kerajaan BN Negeri Perak yang menganugerahkan tanah kepada SRJK Poay Eng, Kuala Sepetang dalam Parlimen Bukit Gantang. Saya bertanya, apakah tindakan ini akan membelakangkan prinsip perjuangan UMNO untuk membela nasib melayu?

Kami berpendapat tidak salah untuk menganugerahkan tanah kepada SRJK Poay Eng kerana mereka juga rakyat Perak. Tetapi bukankah UMNO telah meludah ke langit?

Kenapa Aku Di Sini?